Merasai Allah bersama-sama kita

Posted in Uncategorized on January 15, 2011 by hawariyyin

Alhamdulillah.. Rutinnya, kami akan membaca ayat-ayat Al-Quran dan hadis-hadis sahih dari buku Riyadus Solihin. Walaupun masih lagi belum berganjak dari RS Jilid 1, tapi ALhamdulillah ada progress.

Hari ini kami membaca satu hadis yang menyentak hati-hati kami:

Dari Abu Hurairah ra dia mendengar Nabi saw bersabda:

“Sesungguhnya ada tiga orang dari Bani Israel, iaitu orang sopak – yakni belang-belang kulitnya, orang botak dan orang buta. Allah hendak menguji mereka itu, kemudian mengutus seorang malaikat kepada mereka. Ia mendatangi orang sopak lalu berkata: “Sesuatu apakah yang paling engkau minta?” Orang sopak berkata: “Warna yang baik dan kulit yang bagus, juga lenyaplah kiranya penyakit yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini.” Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah kotoran-kotoran itu dari tubuhnya dan dikurniai -oleh Allah Ta’ala – warna yang baik dan kulit yang bagus. Malaikat itu berkata pula: “Harta apakah yang paling engkau sukai?” Orang itu menjawab: “Unta.” Atau katanya: “Lembu,” yang merawikan Hadis ini sangsi – apakah unta ataukah lembu. Ia lalu dikurniai unta yang bunting, kemudian malaikat berkata: “Semoga Allah memberi keberkahan untukmu dalam unta ini.”

Malaikat itu seterusnya mendatangi orang botak, kemudian berkata: “Apakah yang paling engkau sukai?” Orang botak berkata: “Rambut yang bagus dan lenyaplah kiranya apa-apa yang menyebabkan orang-orang merasa jijik padaku ini.” Malaikat itu lalu mengusapnya dan lenyaplah botak itu dari kepalanya dan ia dikurnia rambut yang bagus. Malaikat berkata pula: “Harta apa yang paling engkau sukai?” Ia berkata: “Lembu.” la pun lalu dikurniakan lembu yang bunting dan malaikat itu berkata: “Semoga Allah memberikan keberkahan untukmu dalam lembu ini.”

Akhirnya malaikat itu mendatangi orang buta lalu berkata: “Apa yang paling kamu sukai?” Orang buta menjawab: “Iaitu Allah mengembalikan penglihatanku padaku sehingga aku dapat melihat semua orang.” Malaikat lalu mengusapnya dan Allah mengembalikan lagi penglihatan padanya. Malaikat berkata pula: “Harta apakah yang paling engkau sukai?” Ia menjawab: “Kambing.” la pun dikurniakan kambing yang bunting.

Yang dua, unta dan lembu melahirkan anak-anaknya dan yang kambing juga melahirkan anaknya. Maka yang sopak mempunyai selembah penuh unta dan yang satunya lagi yang botak mempunyai selembah lembu dan yang buta mempunyai selembah kambing.

Malaikat itu lalu mendatangi lagi orang yang sopak dalam rupa seperti orang sopak itu dahulu, berpakaian serba buruk dan berkata: “Saya adalah orang miskin, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperolehi rezeki bagiku dalam musafirku ini. Maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini kecuali Allah kemudian dengan pertolongan mu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang telah mengurniakan padamu warna yang baik dan kulit yang bagus dan pula harta yang banyak, sudi kiranya engkau menyampaikan maksudku dalam musafirku ini untuk sekadar bekal perjalananku.” Orang sopak itu menjawab: “Keperluan-keperluanku masih banyak sekali.” Malaikat itu berkata lagi: “Seolah-olah saya pernah mengenalmu. Bukankah engkau dahulu seorang yang berpenyakit sopak yang dijijiki oleh seluruh manusia, bukankah engkau dulu seorang fakir, kemudian Allah mengurniakan harta padamu?” Orang sopak dahulu itu menjawab: “Semua harta ini saya mewarisi dari nenek moyangku dulu dan mereka pun dari nenek-moyangnya pula.” Malaikat berkata pula: “Jikalau engkau berdusta dalam pendakwaanmu, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali seperti keadaanmu semula.

Malaikat itu selanjutnya mendatangi orang yang asalnya botak, dalam rupa seperti orang botak dulu dan keadaannya yang hina dina, kemudian berkata kepadanya sebagaimana yang dikatakan kepada orang sopak dan orang botak itu menolak permintaannya seperti halnya orang sopak itu pula. Akhirnya malaikat itu berkata: “Jikalau engkau berdusta, maka Allah pasti akan menjadikan engkau kembali sebagaimana keadaanmu semula.”

Seterusnya malaikat itu mendatangi orang yang asalnya buta dalam rupanya seperti orang buta itu dahulu serta keadaannya yang menyedihkan, kemudian ia berkata, “Saya adalah orang miskin dan sedang bermusafir dan kehabisan bekal, sudah terputus semua sebab-sebab untuk dapat memperoleh rezeki bagiku dalam musafirku ini, maka tidak ada yang dapat menyampaikan maksudku pada hari ini, kecuali Allah kemudian dengan pertolonganmu pula. Saya meminta padamu dengan atas nama Allah yang mengembalikan penglihatan untukmu iaitu seekor kambing yang dapat saya gunakan untuk menyampaikan tujuanku dalam berpergian ini.” Orang buta dahulu itu berkata: “Saya dahulu pernah menjadi orang buta, kemudian Allah mengembalikan penglihatan padaku. Maka oleh sebab itu ambillah mana saja yang engkau inginkan dan tinggalkanlah mana saja yang engkau inginkan. Demi Allah saya tidak akan membuat kesukaran padamu pada hari ini dengan sesuatu yang engkau ambil kerana mengharapkan keredhaan Allah ‘Azzawajalla.”

Malaikat itu lalu berkata: “Jagalah harta kekayaanmu, sebab sebenarnya engkau semua ini telah diuji, kemudian Allah telah meredhai dirimu dan memurkai pada dua orang sahabatmu – yakni si sopak dan si botak.” (Muttafaqun ‘alaih)

……………………

Sejenak kami terfikir, ye, itulah kita dahulu. Bukankah kita dahulu sangat struggle stadi medic, kemudian Allah memudahkan kita untuk menggenggam ijazah itu. Bukankah dahulu kita pernah gagal semase 4th year/final year – tetapi kemudian Allah telah membantu kita lulus professional exam. Bukankah kita dahulu pernah miskin kemudian Allah memberikan kita kite kerja sebagai intern, SHO dengan simpanan di bank mencatat 5 angka. Bukankah dahulu kita keseorangan, kemudian Allah mengurniakan kita pasangan dan anak2?

Tetapi, kemudian kita lupa… Bila datang mad’u dan ikhwah kita meminta bantuan kita, kita katakan seribu alasan kepadanya…Mengapa tidak kita katakan, “aku dahulu sepertimu, tetapi Allah telah memberi nikmat kepadaku, ambillah apa yang kau mahu dari diriku”. Sebaliknya kita, hanya mendiamkan diri, memejamkan mata melihat mereka dalam kesusahan. Lebih kejam lagi, bila kita katakan pada mereka, mintalah dari orang lain.

Ayuhal ikhwah, akhawat…
Sudah lupakah kita?

Aku kembali…

Posted in Uncategorized on January 4, 2011 by hawariyyin

Kembali.

Kembali
Menyusuri hari
Indah warna warni ceria dan berseri
Mencari
Makna seribu erti
Nikmat disyukuri hikmahnya tersembunyi

Semalam jadikan pengalaman
Buat kita menyuluh jalan
Mencari pedoman
Hidup penuh kebahagiaan
Hari esok hanya anganan
Belum tentukan kesampaian
Hari ini mulai langkah penuh keazaman

Berusaha tabur budi dan jasa
Bagai hidup di dunia kekal selamanya
Beramal bekal untuk ke sana
Umpama hayat kita esok sudah tiada

Takkan mungkin kekal di sini
Mana bisa menongkah langit
Umpama pepohonan rendang
Teduhan seorang pedagang

Hanya saja kekal di sana
Bertemu yang Baqa’ Pencipta
Anugerah yang teristimewa pada hati yang sejahtera

Tanpa sinar-Mu
Kegelapan deritaku rasa
Di mana cahaya
Sinar mentari menyuluh hidupku bagai cahaya kebenaran

Bersama kita mengejar mimpi
Menuju satu cita sejati
Menggapai seribu impian yang kita bina bersama-sama

Di mana kita?

Posted in Uncategorized on May 31, 2010 by hawariyyin

“atas persepsi inilah, kita jauh dari pertolongan dan kejayaan dari Allah”..

Inilah sebahagian kata-kata yang telah menusuk dalam ke dalam hatiku malam ini. Aku kongsikan sebahagian cerita yang aku rasakan seorang daie harus mengambil pengajaran, menilai tahap keimanan dan keikhlasan.

Usai saja solat jemaah isya’ di masjid, mengikuti bayan. Orang ramai sudah pulang, yang tinggal hanya aku dan teman serta 3 orang jemaah tabligh. Sementara menunggu teman untuk bergerak ke library malam ini (musim exam sekarang!), aku duduk tidak jauh dari 3 orang jemaah tabligh dan terdengar perbualan mereka..

(perbualan ini sebenarnya in english, tapi melayukan kerana salah seorang dari 3 orang jemaah tabligh itu adalah berbangsa melayu)..

watak 1: aku sekarang sudah masuk ke-2, tahun depan tahun ke-3.. so, macam kena slow sikit dan kurang keluar jemaah.

watak melayu: masyaAllah, setiap tahun adalah sama. tahun 1 ke, tahun 2 ke, tahun 3 ke.. kejayaan itu datang dari Allah, kejayaan itu adalah kudrat Allah.. di mana keyakinan iman kita? atas persepsi inilah, kita jauh dari pertolongan dan kejayaan dari Allah.. orang islam sekarang lambatnya kejayaan kerana mereka merasakan itu datang dari mereka..dakwah kita pasti akan sama, tidak kira tahun berapa kita berada.. kesibukan study bukan satu excuse untuk kita perlahankan dakwah kerana rezeki itu dari Allah.

(watak 3 diam tak kata apa2, sekadar memerhati.. perkataan watak melayu itu bukan tanda racist ye!)..

masyaAllah.. tersentak aku dengan perkataan itu, sungguh benar perkataan yang keluar dari hati yang ikhlas dan tinggi iman dan tawakal pada Allah.. Perkataan ini semacam seolah mengingatkan aku dalam musim exam ini, seolah-olah mengambil excuse untuk perlahankan dakwah..

Di mana kita di dalam dakwah ini? marilah sama-sama kita muhasabah wahai daie.. sucikan iman dan ikhlasmu untuk kemenangan yang telah tertangguh itu..

(doakan juga pelayaran kejayaan fotilla.. belayarnya fotilla bermakna pelayaran kejayaan.. syahid atau sampai gaza)

Sayonara Jahiliyyah!!

Posted in Uncategorized on April 13, 2010 by hawariyyin

Masalah besar yang dihadapi oleh seorang daie adalah bagaimana untuk meninggalkan jahiliyyah. Mana mungkin seorang daie mampu bertahan di atas jalan dakwah ini berbekalkan jahiliyyah yang ada. Jika ada yang mengatakan sebaliknya, ternyata anda salah!! Kerana jahiliyyah akan merosakan amal dakwah anda.

Mungkin ramai daie di luar sana tertanya-tanya, bagaimana cara yang terbaik, di sini aku memberi sekadar pengalaman sahaja.

Satu-satunya cara terbaik meninggalkan jahiliyyah adalah anda menyibukkan diri dengan dakwah tarbiyyah, iradah qowiyah (keinginan yang kuat) sahaja tidak cukup untuk anda meninggalkan jahiliyyah. Lebih banyak anda bergerak dan berfikir untuk dakwah dan tarbiyyah, semakin banyak jahiliyyah yang akan anda tinggalkan.

Sebagai daie yang belajar, kita hanya perlu ada 2 bahagian masa, masa belajar dan masa dakwah, tiada masa untuk jahiliyyah..

masa untuk seorang daie belajar

Biasanya apa yang terjadi adalah daie-daie ini cuba mengisi jahiliyyah dalam ruang masa dakwah mereka, lalu tergadailah dakwah mereka. Atau pun mereka mengisi masa jahiliyyah mereka dalam ruang masa study mereka. Apabila gagal atau prestasi akademik merosot, mereka mula merasakan dakwah yang menjadi sebab utama, bukanlah jahiliyyah mereka, lalu mereka mula menarik diri perlahan-lahan dan sedikit demi sedikit dari kelajuan dakwah, lalu tergadailah dakwah mereka sekali lagi. bukan hanya dakwah tergadai, prestasi akademik tidaklah meningkat juga, tetapi prestasi jahiliyyah meningkat dengan pesat sekali.

Lalu mereka merasa pelik dengan fenomena ini, sekali lagi mereka memperlahankan dakwah ini, memberi masa yang lebih untuk study kononnya. Ternyata mereka tertipu lagi! buat sekelian kalinya, dakwah mereka tergadai lagi. Kasihan sungguh dakwah bertuankan daie-daie seperti ini. Sudahlah yang kenal dakwah itu sedikit, dari yang sedikit ini, ramai pula yang tertipu dengan jahiliyyah. Alahai kesian!!

jika dahulu kita bicarakan kitaran bodoh manusia. kali ini aku berbicara kitaran bodoh seorang daie yang tertipu dengan jahiliyyah. ternyata jahiliyyah akan merosakkan dakwah dan study mereka.

bahagian masa daie yang tertipu

apa yang ingin aku katakan adalah, jangan cuba menarik diri anda dari dakwah ini, kerana anda hanya menggantikan bahagian itu dengan jahiliyyah. jangan mudah tertipu!! senang saja syaitan mencantikkan mata kita.

“Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan” [6:112]

Aku yang Berdosa

Posted in Uncategorized on January 28, 2010 by hawariyyin

Saat demi saat berlalu,
Hati ini terus aku cemari,
Dengan kegelapan dosa,
Hinnga hilang getaran imannya,
Hingga samar cahaya hidayahnya,
Hingga runtuh kekuatan amalnya,
Hingga pudar seri wajahnya,
Lalu aku mula sesat dan menyesatkan.

Detik demi detik mendatang,
Aku masih mengukir durjana,
Tanpa taubat di antara dosa,
Tanpa setitik lelehan airmata,
Terlalu angkuhkah aku pada neraka?
Mungkin aku perlu seketika menyendiri,
Mengetuk dan bertanya kepada hati,
Masih adakah Tuhan di dalam hati?

(mengapakah harus anda merosakkan hati dengan dosa sedangkan hati itu benci kepada dosa.. jangan korbankan dakwah ini hanya kerana dosa-dosa anda, jangan terlalu mudah berkata, salah cara ini dan itu.. tapi ketuklah hati dan tanya di manakah salah hati ini.. graviti daie.. gema pantulan daie.. aku itu yang masih menyalahkan diri)

Tilawah itu bukan satu-satunya ibadah

Posted in Uncategorized on January 12, 2010 by hawariyyin

Hari ini aku terus lagi ditarbiyyah oleh Allah, Tuhan yang telah mengurniakan hidayah kepadaku..

satu peristiwa yang menarik berlaku di masjid tadi, yang mana aku rasakan jiwa seorang mukmin itu seharusnya sensitif. Melihat,menilik dan menginterpretasikan keadaan dan sekeliling untuk beribadah.

Ketika di masjid tadi menantikan solat jemaah, kerusi dan meja tersusun di ruangan solat. Aku perhatikan ada 2orang jemaah yang berusaha keras untuk mengalihkan meja dan kerusi tersebut untuk kepentingan jemaah lain berjemaah, dan mencantikkan pandangan ruang solat itu..

Aku perhatikan jemaah lain hanya bersembang dan bertilawah, seolah-olah tidak sedar yang 2 orang jemaah yang sedang bertungkus lumus itu memang memerlukan tenaga lebih untuk meringankan dan mempercepat urusan. Mereka masih asyik bertilawah dan menghafal..

Aku sendiri tidak pasti yang mana harus didahulukan. Tapi jauh di sudut hatiku, pertolongan harus didahulukan, tilawah itu harus ditinggalkan sebentar, meringankan beban saudara lain itu adalah lebih utama. Jangan merasakan ibadah itu hanya tilawah semata-mata. Jiwa kita harus peka dan sensitif..

Al-quran ketika awal-awal diturunkan dengan lantangnya membela kaum yang lemah, yang memerlukan pertolongan, orang miskin, golongan hamba dan anak yatim. Pembelaan terhadap golongan inilah yang menjadi manifestasi keimanan sahabat-sahabat..

“Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (12) (yaitu) melepaskan budak dari perbudakan, (13) atau memberi makan pada hari kelaparan, (14) (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat, (15) atau kepada orang miskin yang sangat fakir. (16) Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. (17)”

Al-Balad (90)

Tidak sesekali aku menafikan ibadah tilawah itu, tetapi setiap perkara harus ada pada tempat dan keadaannya, harus ada keutamaannya.

Khutbah jumaat yang lepas, imam ada menceritakan tentang satu kisah yang sangat berkait dengan apa yang ingin aku sampaikan. kisah tentang abdullah ibnu mubarak:

“Dalam perjalanan mengerjakan haji, abdullah ibn mubarak dan pembantunya ada bertemu dengan seorang miskin yang mengadukan hal ini padanya. Abdullah ibn mubarak bertanya kepada pembantunya tentang jumlah yang perlu untuk mereka pulang ke rumah dari tempat tersebut. Setelah diasingkan wang yang akan digunakan sebagai bekalan pulang, abdullah ibn mubarak menyerahkan selebihnya kepada orang miskin tersebut dan pulang ke rumah. Dan dia mengatakan kepada pembantunya bahawa itulah ibadah haji mereka pada tahun itu (merujuk kepada membantu orang miskin tersebut)”

Inilah yang aku maksudkan mukmin yang berjiwa sensitif, walaupun termaktub bahawa ibadah haji itulah adalah ibadah khusus dalam islam, tetapi haruslah diletakkan dalam realiti dan keadaan sepertimana peristiwa tilawah tadi.
.
Terutama daie yang menyeru kepada manusia, jiwa mereka haruslah terlalu sensitif, sepertimana sensitifnya jiwa khalifah umar abd aziz terhadap kemewahan pemerintahan islam ketika itu..

Ayuh daie, sensitifkan jiwa dengan alquran..

Tersentuh hati…

Posted in Uncategorized on December 10, 2009 by hawariyyin

Baru semalam.. sesudah solat isya’ jemaah di masjid, aku duduk mendengar bayan yang disampaikan salah seorang brother dari jemaah tabligh.. sepanjang bayan tersebut, aku sangat2 tersentuh dengan 3perkara walaupun seringkali perkara itu diingatkan..

1) pernahkan anda menginap di burj al arab hotel? ataupun pernah terbayang untuk menginap di sana? dengan kemewahan hotel tersebut, tentu anda akan terpesona, tenang dan lapang.. sume hotel mewah ini, ciptaan manusia.. syurga itu ciptaan Allah, dapatkah anda bayangkan kemewahan di dalamnya? subhanallah..

2) berapa di luar sana orang yang lebih bijak dan pintar daripada kita yang duduk di masjid hari ini.. tetapi Allah lebih sayang kita.. apa buktinya? Allah kurniakan kita iman dan islam, Allah berikan kita hidayahNya untuk datang ke masjid hari ini.. alhamdulillah..

3) nabi SAW yang menjadi kekasih Allah juga di uji untuk menjadikan agama ini tinggi, sedangkan dengan keinginanNya, Allah mampu meninggikan agama ini.. tapi Allah mahukan nabi SAW melalui ujian dan dugaan untuk agama ini.. jadi, adakah kita yang jauh lebih hina di sisi Allah berbanding nabi SAW masih mengharap kehidupan yang selesa dan bersenang lenang? pengorbanan harus dilakukan untuk meninggikan agama ini seperti yang nabi lakukan.. Allahuakbar..

masyaAllah..

sekadar berkongsi..

Tidak cukup saki baki

Posted in Uncategorized on December 2, 2009 by hawariyyin

Aku mulakan entry dengan memetik kata-kata ahmad arrasyid dalam bukunya, ar raqaiq:

“Nama kita akan tetap berdaftar di dalam catatan orang-orang yang lalai lagi alpa, selama mana kita masih memberikan sisa-sisa waktu kepada dakwah, selama mana kita tidak mencintainya dengan penuh kesungguhan, dan tidak pula menjadikannya sebagai profesi kita”

sungguh tinggi dan bermakna kata-kata di atas, seolah-olah menusuk terus dalam hati. aku rasa kata-kata ini juga pernah diucapkan ahmad arraasyid dalam siri bukunya muntalaq..

apakah sisa-sisa waktu itu? ketika mana kita menjadikan agenda dakwah ini sebagai agenda kedua dalam hidup kita, ketika kita menyusun masa dah hidup kita.. jika diberi peluang, barulah kita menjadikan dakwah sebahagian dari agenda hidup kita.. bukan kita mencari ruang dan peluang untuk menempatkan dakwah ini dalam hidup kita..

kalau kita mampu mengadakan jadual study yang tersusun, cantik dan padat.. di mana jadual dakwah dan tarbiyyah kita? aku tidak mahu mengambil contoh yang terlalu jauh.. berapa lama kita masa kita peruntukkan untuk bertilawah? menghafal? ataupun bila mana ada sedikit masa selepas selesai urusan yang lain? bukankah itu juga sisa-sisa masa untuk mentarbiyyah diri?

Melangkah ke dalam halaqah dalam keadaan tidak bersedia.. kenapa? kerana kita tiada jadual hidup kita untuk tiba di halaqah dalam keadaan bersedia..

plan?? belum sempat graduate lagi sudah plan samada kerja di sini atau di sana.. tapi tak pernah plan (maybe ade skit2) apa akan jadi dakwah dan tarbiyyah di tempatnya akan jadi bila sudah abis belajar.. apa akan jadi dakwah dan tarbiyyah di tempat selepas 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun.. yang ada dalam plannya, hanyalah dirinya.. dirinya.. dan dirinya..

sebenarnya.. banyak contoh lagi.. tetapi aku yakin yang membaca itu lebih mengetahui contoh dan memahami dirinya.. aku biarkan saja sampai di sini..

sebelum aku menutup, aku ingin petik kata-kata Abdul Wahab ‘Azzam:

“Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara-perkara yg besar, nescaya kamu akan disibukkan dengan perkara-perkara yang remeh”

ya.. jika fikiran, plan, jadual, masa, diri, hati, jiwa dan nafsu kamu tidak diberikan kepada dakwah ini.. kamu pasti akan beri kepada alhawa, kerana kita tiada jalan ketiga… syurga atau neraka.. nafsu atau wahyu.. tiada titik persamaan..

Dakwah itu Qudwah

Posted in Uncategorized on November 21, 2009 by hawariyyin

“… Pada hari ini telah aku sempurnakan kepada agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu bagimu, dah telah aku redha islam sebagai agamamu..”

hari ini kita telah punyai semuanya.. tapi mengapa islam dan dakwah itu masih kaku? adakah fenomena kaku ini kerana adanya salah pada agama ini?

agama ini adalah kaku dan tidak bergerak, yang bergerak hanyalah manusia.. agama itu akan terus berada pada lembaran kertas alquran dan hadis sekiranya manusia tidak menggerakkan islam..

itulah yang berlaku dalam fenomena kelesuan dakwah ini, kita hilang qudwah.. kita hilang tempat rujukan, bukan rujukan teori tetapi amali, kerana dakwah itu amalinya.. Islam vs islam, yang selalu kita bicarakan..

tapi fenomena seorang daie bukanlah Islam vs islam, tetapi islam bercakap vs islam beramal.. ya, kita sudah ramai daie yang mampu bercakap dengan dalil alquran dan hadis.. tapi kita kurang daie yang mampu beramal dengan dalil.. di situlah silap kita..

fenomena inilah yang terus melahirkan pewaris daie yang bercakap.. yang berkata tajarrud dakwah, tapi dirinya masih penuh fikiran duniawi.. daie yang berkata tentang mutabaah amal, tetapi dirinya tidak langsung tidak cuba dihisab.. daie yang berkata tentang sayonara jahiliyyah, tapi penuh daki-daki jahiliyyah melekat padanya..

pewaris dakwah ini, sedang dahagakan qudwah.. qudwah yang menjadi teladan, pembakar semangat dan sumber inspirasi ketika dilanda penyakit futur..

tarbiyyah itu melahirkan daie amali, bukan cakap semata-mata.. di mana salah kita? sudah masanya, kita renung dan muhasabah atas kelesuan dakwah ini, sebelum lahir lebih banyak generasi pewaris dakwah bercakap semata..

Qudwah.. itulah method tarbiyyah..

Teman sejati

Posted in Uncategorized on November 18, 2009 by hawariyyin

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya…

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

by brothers 🙂

teman sejati,
di mana dikau?
hadirlah,
bersama-sama,
melangkah.