Archive for December, 2009

Tersentuh hati…

Posted in Uncategorized on December 10, 2009 by hawariyyin

Baru semalam.. sesudah solat isya’ jemaah di masjid, aku duduk mendengar bayan yang disampaikan salah seorang brother dari jemaah tabligh.. sepanjang bayan tersebut, aku sangat2 tersentuh dengan 3perkara walaupun seringkali perkara itu diingatkan..

1) pernahkan anda menginap di burj al arab hotel? ataupun pernah terbayang untuk menginap di sana? dengan kemewahan hotel tersebut, tentu anda akan terpesona, tenang dan lapang.. sume hotel mewah ini, ciptaan manusia.. syurga itu ciptaan Allah, dapatkah anda bayangkan kemewahan di dalamnya? subhanallah..

2) berapa di luar sana orang yang lebih bijak dan pintar daripada kita yang duduk di masjid hari ini.. tetapi Allah lebih sayang kita.. apa buktinya? Allah kurniakan kita iman dan islam, Allah berikan kita hidayahNya untuk datang ke masjid hari ini.. alhamdulillah..

3) nabi SAW yang menjadi kekasih Allah juga di uji untuk menjadikan agama ini tinggi, sedangkan dengan keinginanNya, Allah mampu meninggikan agama ini.. tapi Allah mahukan nabi SAW melalui ujian dan dugaan untuk agama ini.. jadi, adakah kita yang jauh lebih hina di sisi Allah berbanding nabi SAW masih mengharap kehidupan yang selesa dan bersenang lenang? pengorbanan harus dilakukan untuk meninggikan agama ini seperti yang nabi lakukan.. Allahuakbar..

masyaAllah..

sekadar berkongsi..

Advertisements

Tidak cukup saki baki

Posted in Uncategorized on December 2, 2009 by hawariyyin

Aku mulakan entry dengan memetik kata-kata ahmad arrasyid dalam bukunya, ar raqaiq:

“Nama kita akan tetap berdaftar di dalam catatan orang-orang yang lalai lagi alpa, selama mana kita masih memberikan sisa-sisa waktu kepada dakwah, selama mana kita tidak mencintainya dengan penuh kesungguhan, dan tidak pula menjadikannya sebagai profesi kita”

sungguh tinggi dan bermakna kata-kata di atas, seolah-olah menusuk terus dalam hati. aku rasa kata-kata ini juga pernah diucapkan ahmad arraasyid dalam siri bukunya muntalaq..

apakah sisa-sisa waktu itu? ketika mana kita menjadikan agenda dakwah ini sebagai agenda kedua dalam hidup kita, ketika kita menyusun masa dah hidup kita.. jika diberi peluang, barulah kita menjadikan dakwah sebahagian dari agenda hidup kita.. bukan kita mencari ruang dan peluang untuk menempatkan dakwah ini dalam hidup kita..

kalau kita mampu mengadakan jadual study yang tersusun, cantik dan padat.. di mana jadual dakwah dan tarbiyyah kita? aku tidak mahu mengambil contoh yang terlalu jauh.. berapa lama kita masa kita peruntukkan untuk bertilawah? menghafal? ataupun bila mana ada sedikit masa selepas selesai urusan yang lain? bukankah itu juga sisa-sisa masa untuk mentarbiyyah diri?

Melangkah ke dalam halaqah dalam keadaan tidak bersedia.. kenapa? kerana kita tiada jadual hidup kita untuk tiba di halaqah dalam keadaan bersedia..

plan?? belum sempat graduate lagi sudah plan samada kerja di sini atau di sana.. tapi tak pernah plan (maybe ade skit2) apa akan jadi dakwah dan tarbiyyah di tempatnya akan jadi bila sudah abis belajar.. apa akan jadi dakwah dan tarbiyyah di tempat selepas 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun.. yang ada dalam plannya, hanyalah dirinya.. dirinya.. dan dirinya..

sebenarnya.. banyak contoh lagi.. tetapi aku yakin yang membaca itu lebih mengetahui contoh dan memahami dirinya.. aku biarkan saja sampai di sini..

sebelum aku menutup, aku ingin petik kata-kata Abdul Wahab ‘Azzam:

“Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara-perkara yg besar, nescaya kamu akan disibukkan dengan perkara-perkara yang remeh”

ya.. jika fikiran, plan, jadual, masa, diri, hati, jiwa dan nafsu kamu tidak diberikan kepada dakwah ini.. kamu pasti akan beri kepada alhawa, kerana kita tiada jalan ketiga… syurga atau neraka.. nafsu atau wahyu.. tiada titik persamaan..