Archive for November, 2009

Dakwah itu Qudwah

Posted in Uncategorized on November 21, 2009 by hawariyyin

“… Pada hari ini telah aku sempurnakan kepada agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu bagimu, dah telah aku redha islam sebagai agamamu..”

hari ini kita telah punyai semuanya.. tapi mengapa islam dan dakwah itu masih kaku? adakah fenomena kaku ini kerana adanya salah pada agama ini?

agama ini adalah kaku dan tidak bergerak, yang bergerak hanyalah manusia.. agama itu akan terus berada pada lembaran kertas alquran dan hadis sekiranya manusia tidak menggerakkan islam..

itulah yang berlaku dalam fenomena kelesuan dakwah ini, kita hilang qudwah.. kita hilang tempat rujukan, bukan rujukan teori tetapi amali, kerana dakwah itu amalinya.. Islam vs islam, yang selalu kita bicarakan..

tapi fenomena seorang daie bukanlah Islam vs islam, tetapi islam bercakap vs islam beramal.. ya, kita sudah ramai daie yang mampu bercakap dengan dalil alquran dan hadis.. tapi kita kurang daie yang mampu beramal dengan dalil.. di situlah silap kita..

fenomena inilah yang terus melahirkan pewaris daie yang bercakap.. yang berkata tajarrud dakwah, tapi dirinya masih penuh fikiran duniawi.. daie yang berkata tentang mutabaah amal, tetapi dirinya tidak langsung tidak cuba dihisab.. daie yang berkata tentang sayonara jahiliyyah, tapi penuh daki-daki jahiliyyah melekat padanya..

pewaris dakwah ini, sedang dahagakan qudwah.. qudwah yang menjadi teladan, pembakar semangat dan sumber inspirasi ketika dilanda penyakit futur..

tarbiyyah itu melahirkan daie amali, bukan cakap semata-mata.. di mana salah kita? sudah masanya, kita renung dan muhasabah atas kelesuan dakwah ini, sebelum lahir lebih banyak generasi pewaris dakwah bercakap semata..

Qudwah.. itulah method tarbiyyah..

Teman sejati

Posted in Uncategorized on November 18, 2009 by hawariyyin

Selama ini
Kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya…

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

by brothers 🙂

teman sejati,
di mana dikau?
hadirlah,
bersama-sama,
melangkah.

Aku, dakwah dan kasih sayang

Posted in Uncategorized on November 17, 2009 by hawariyyin

Sudah lama aku tidak coretkan sesuatu di sini.. tidak cukup masa?? jika itu alasannya, bererti aku sedang cuba menipu diri sendiri.. banyak yang mahu aku coretkan disini, tapi bila menulis hampir separuh, aku padam semula dan biarkan apa yang aku rasa terus terpendam dalam diri.. aku pun tidak pasti mengapa, yang pasti bila hatiku tidak senang untuk berkongsi, pastiku biarkan saja..

hari ini, biarlah aku mencoret sesuatu di sini.. bukan kerana sudah lama aku tidak menulis, tapi kerana aku rasa hati ini mahu berkongsi..

dakwah itu adalah kasih sayang, inilah antara prinsip yang disampaikan oleh as-syahid hasan albanna dalam risalah dakwatuna (dakwah kita).. ini bukan semata-mata teori assyahid tetapi prinsip yang lahir dari pengamatan yang mendalam terhadap alquran dan sunnah..

kasih sayang.. adalah dakwah, dan dakwah itu adalah kasih sayang.. itulah yang aku fahami dari pengalaman aku yang cetek ini dari medan dakwah yang masih jauh dan panjang di hadapanku..

kasih sayang.. terlalu meluas kefahamannya, tapi apa yang aku cuba sampaikan adalah kasih sayang sesama ikhwah dalam gerombolan dakwah..

kasih sayang.. betul tu, itulah yang kita namakan dan jelmakan sebagai ukhuwwah..

kasih sayang.. mungkin ada yang merasa mudah, tetapi hakikatnya terlalu susah kerana kasih sayang itu bukanlah sekadar di permukaan, tetapi adalah bermula dari dalam..

kasih sayang.. adalah kesan dari kemantapan, keshahihan dan keteguhan iman.. iman harus bermula dari hati, dari rasa rendah diri dan taqwa kepada Allah, barulah tonjolan wujud di permukaan melalui ibadah anggota badan

itulah yang aku katakan, bahawa kasih sayang ini bermula dari dalam, dari hati yang dalam.. bukan sekadar tonjolan perbuatan, walaupun tidak aku nafikan iman dan kasih sayang itu harus wujud di alam perbuatan..

tetapi apalah gunanya perbuatan jika hati itu tiada kasih sayang..

di alam nampak ini, dialah paling berkasih sayang.. tetapi hatinya penuh dengan segala penyakit.. hasad dengki, buruk sangka, tidak berlapang dada, benci, dendam.. semua ini wujud dalam gerombolan dakwah ini, percayalah..

lalu dirinya rosak perlahan-lahan, walaupun luarannya nampak baik dan cantik.. cuma menunggu hari untuk penyakit menjadi kronik sehingga rosak keduanya, dalaman dan luaran..

seperti buah mangga yang buruk dan di makan ulat dari dalam.. tampak di luaran, kulitnya begitu cantik, kuning kehijauan, menjadi tarikan segala makhluk.. tapi mangga itu hanya menunggu hari, perlahan rosak dimakan ulat dari dalam sehingga tiba satu hari.. mangga itu sudah lemah, tidak berdaya tahan lagi, lalu gugurlah ke bumi.. ketika itu, sedarlah makhluk lain bahawa mangga itu tidak berguna dan hanya akan menjadi sampah kepada dunia..

ya ikhwah, memang wujud penyakit ini.. mungkin tidak pada semua, hanya pada seorang ikhwah, tetapi sudah cukup penyakit hati untuk merebak dan merosakkan anda..

seekor ulat sudah cukup untuk merosakkan mangga tersebut, sekelumit perasaan hasad, buruk sangka dan dendam pada seorang akh lain sudah cukup membahawa padah pada anda.. anda akan rosak dan menjadi sampah kepada dunia..

apa yang aku takutkan lagi adalah bila mana terbukanya segala penyakit dan keburukkan dalam hati itu.. perasaan malu akan bertandang bersama nyanyian-nyanyian syaitan yang mendesak anda menjauhi gerombolan dakwah ini, sedikit demi sedikit anda lari menjauhi jalan yang pernah anda katakan satu-satunya jalan anda untuk ke syurga..

perasaan malu itulah adalah satu kefitrahan kepada manusia, tetapi malu itu harus disambut dengan muhasabah dan kembalinya kepada keaslian jalan ini, bertaubat dan membersihkan diri..

kasih sayang.. besar implikasinya pada perjalanan hidup seorang daie dalam mengharungi badai dan samudera fitrah jalan ini.. tetapi ini memerlukan kepada kefahaman dan kesejahteraan iman serta doa kepada Allah SWT, kuasa yang memegang hati sekelian manusia..

kasih sayang.. bekalan besar untuk thabat di atas jalan yang mulia ini, selain bergantung kepada doa dan hidayah dari Allah..

jarang aku menulis sepanjang ini, moga aku yang menulis ini lebih dahulu bermuhasabah, munajat taubat dari Allah, doa dan kuatnya bertawakkal.. moga aku juga dijauhi dari fitnah hilang kasih sayang dari dakwah ini.. juga dijauhkan dari rasa tidak ikhlas..

aku inginkan quote kata-kata ahmad rasyid dalam bukunya awaiq, tapi aku tidak jumpa.. tetapi mafhumnya sebegini;

“gugurnya ramai kader-kader dakwah bukan kerana sebab-sebab lain seperti yang kita fikirkan, tetapi kerana jahat dan kejamnya mulut manusia yang juga berada dalam gerombolan dakwah itu”

jahatnya mulut kerana rosaknya hati, tiadanya kasih sayang..

moga beroleh pengajaran..

-aku yang masih merasa tidak tenang seperti ada kesalahan yang telah aku lakukan tetapi tidak aku sedari-

Degupan dan nadi ini…

Posted in Uncategorized on November 7, 2009 by hawariyyin

Degupan jantung dan nadi ini,
Hanyalah untuk bersama dakwah,
Jika tiba suatu masa nanti,
Degupan dan nadi ini terhenti mati,
Maka berakhirlah perjuangan dakwahku,
Bersama sekujur tubuhku yang kaku.

(ya Allah jadikanlah aku dan mutarobbi aku seorang daie yang tajarrud kepada dakwah ini.. peningkan kepala kami dengan dakwah ini, sibukkan masa kami dengan dakwah ini, miskinkan kami dengan dakwah ini, zuhudkan kami dengan dakwah ini, matikan kami dalam hembusan nafas terakhir dakwah ini.. hati ini sentiasa risau… risau.. risau.. risau segalanya.. permudahkan kami ya Allah.. amin..)

-bukan mudah menjadi murobbi-

Kisah cinta dunia

Posted in Uncategorized on November 2, 2009 by hawariyyin

Tergerak hatiku untuk aku berkongsi pengalaman ini..

Semalam, di Dublin airport, ketika aku baru ja pulang dari 1 daurah. Aku terasa sangat lapar sbb dah kol 3ptg, tp belum lunch, cume sempat breakfast ms daurah.. duit euro plak xdak.. jadi gi la withdraw skit..

Masa nk kluarkan duit tuh, terfikir la yang JPA baru jek masukkan duit dalam 1minggu lepas untuk 3bulan.. tapi dah hampir suku dah abis.. masa tu mula la terfikir pasal duit.. dlu aku ada planning nk kumpul duit sume ni masa oversea.. duit mula masuk dalam hati.. dok fikir klo dah abis suku, alamatnya berhutang lagi kt ikhwah lain lps 2bulan, bila nk menyimpan ni.. mula la fikir pasal nk saving utk diri sendiri..

Masa atas bus ke Belfast.. amek la buku himpunan kisah sahabat ni.. baca la kisah mengenai seorang sahabat bernama Sa’id bin ‘Amir al-Jumahiy.. aku rinkas ceritanya di sini :

Tidak berpa lama selepas Sa’id dilantik menjadi gabenor Hims, Umar r.a telah dikunjungi oleh rombongan penduduk Hims. Mereka adalah kalangan orang yang di percayai di Hims. Maka Umar mengarahkan mereka : “tuliskan nama fakir miskin di Hims agar saya dapat membantu mereka”

Setelah selesai, nama diserah.. si poand bin si polan.. Sa’id bin ‘Amir.

Umar tersentak: “Siapa Sa’id bin ‘Amir?”

“Gabenor kami”, jwb mereka serentak

“Gabenor kamu miskin?!!!” tanya Umar

Jawab meraka: “Benar, demi Allah, dapurnya tidak berasapa beberapa hari”

Umar menangis hingga basah janggutnya. Kemudian dia memasukan 1000 dinar ke dalam uncang untuk diserahkan kpd Sa’id bin ‘Amir.
Setelah sampai Hims, uncang tersebut telah diserahkan oleh rombongan tersebut.
Apabila melihat isi uncang tersebut, Sa’id terus berkata : “ Demi Allah, kepadanya tempat kita akan pulang”

Gelagatnya bagaikan berlaku bencana dan malapetaka yang besar.

Isterinya terus bertanya: “apahlah yg telah blaku..?? adakaha Amirul mukminin meninggal dunia..??

“lebih menduka citakan dari itu.. “ jawab Sa’id

“apa bencana yang lebih dahsyat dari itu? “ tny isterinya kebinggungan..

“Dunia telah masuk kedalam kehidupan saya bagi merosakkan akhirat saya. Dugaan dan bencana besar telah berlaku dalam rumah saya” jawab sa’id sedih.

“Adakah kamu bole menbantu saya??” tanya Sa’id.

“bole”. Jawab isteri Sa’id

Lalu Sa’id memasukkan duit tersebut kepada beberapa uncang . kemudian duit itu diagihkan kepada beberapa fakir miskin di Hims.

Tanpa aku sedari air mata mengalir. Masih sempat aku berfikir sedemikian sedangkan akulah seorang daie.. entah bila kemenangan untuk islam akan sampai jika aku sniri masih dengan terikat dengan dunia ini.. apalah aku ini??

Syukur aku pada Allah, kerana secara direct menegur aku.. engkau masih sayang hambamu ini.. aku mencoret ini spy semua di luar sana tidak menjadi daie plastic seperti aku yang terlalu cintakan keduniaan ini..

di mana mahu aku letakkan muka aku ketika bertemu Allah di masyhar atas kesalahan aku itu.. moga Allah masih sudi bersua muka dengan aku walaupun dunia sudah melekat di hati ini..

Sama-sama jika muhasabah hati kita..

wslm