Di mana kita?

“atas persepsi inilah, kita jauh dari pertolongan dan kejayaan dari Allah”..

Inilah sebahagian kata-kata yang telah menusuk dalam ke dalam hatiku malam ini. Aku kongsikan sebahagian cerita yang aku rasakan seorang daie harus mengambil pengajaran, menilai tahap keimanan dan keikhlasan.

Usai saja solat jemaah isya’ di masjid, mengikuti bayan. Orang ramai sudah pulang, yang tinggal hanya aku dan teman serta 3 orang jemaah tabligh. Sementara menunggu teman untuk bergerak ke library malam ini (musim exam sekarang!), aku duduk tidak jauh dari 3 orang jemaah tabligh dan terdengar perbualan mereka..

(perbualan ini sebenarnya in english, tapi melayukan kerana salah seorang dari 3 orang jemaah tabligh itu adalah berbangsa melayu)..

watak 1: aku sekarang sudah masuk ke-2, tahun depan tahun ke-3.. so, macam kena slow sikit dan kurang keluar jemaah.

watak melayu: masyaAllah, setiap tahun adalah sama. tahun 1 ke, tahun 2 ke, tahun 3 ke.. kejayaan itu datang dari Allah, kejayaan itu adalah kudrat Allah.. di mana keyakinan iman kita? atas persepsi inilah, kita jauh dari pertolongan dan kejayaan dari Allah.. orang islam sekarang lambatnya kejayaan kerana mereka merasakan itu datang dari mereka..dakwah kita pasti akan sama, tidak kira tahun berapa kita berada.. kesibukan study bukan satu excuse untuk kita perlahankan dakwah kerana rezeki itu dari Allah.

(watak 3 diam tak kata apa2, sekadar memerhati.. perkataan watak melayu itu bukan tanda racist ye!)..

masyaAllah.. tersentak aku dengan perkataan itu, sungguh benar perkataan yang keluar dari hati yang ikhlas dan tinggi iman dan tawakal pada Allah.. Perkataan ini semacam seolah mengingatkan aku dalam musim exam ini, seolah-olah mengambil excuse untuk perlahankan dakwah..

Di mana kita di dalam dakwah ini? marilah sama-sama kita muhasabah wahai daie.. sucikan iman dan ikhlasmu untuk kemenangan yang telah tertangguh itu..

(doakan juga pelayaran kejayaan fotilla.. belayarnya fotilla bermakna pelayaran kejayaan.. syahid atau sampai gaza)

One Response to “Di mana kita?”

  1. Jurisda Says:

    salam, kdg2 exam menjadi alasan.(refleksi). takut pointer jatuh. nmun, bila kita yakin dgn pertolongan Allah, pasti Diaakan membantu kita.. (Surah Muhammad : 7)

Leave a comment