Archive for May, 2009

Lorong

Posted in Uncategorized on May 18, 2009 by hawariyyin

Lorong itu,
Gelap pekat,
Tanpa cahaya,
Tersalah langkah,
Sesat tanpa hidayah.

Lorong ini,
Terang benderang,
Penuh cahaya,
Yakin melangkah,
Bersama hidayah.

(mengapa masih membiarkan jahiliyyah menguasai diri sedangkan engkau yakin bahawa hanya Islam yang mampu memberi kejayaan.. moga hidayah yang dimiliki, dijagai, disirami dibajai dan terus ditakungi, kerana nasib kita pada esok hari adalah belum pasti.. bersama hidayah atau tidak.. astaghfirullah)

Advertisements

Kanak-kanak memang comel

Posted in Uncategorized on May 18, 2009 by hawariyyin

Assalamualaikum..

Dalam musim exam ni, slalu tgk video kanak2 di utube.. bukan ape, saje je nak relax2 ms study break.. 🙂 so, rasa mcm nk kongsilah video ni kt sini..

neway, kanak2 mmg sentiasa cute dan comel..

sebelum tu, ade terjmpa kartun indonesia yg sgt2 best.. bole suggest kat adik2 untuk tgk..

sekadar perkongsian especially yang tension dok study.. 🙂

selamat ber’exam’ dan ber’summer’ buat semua..

wslm

Duhai hati….

Posted in Uncategorized on May 11, 2009 by hawariyyin

Duhai hati….
Sukar benar engkau dikawal,
Sering meronta mahu dilepaskan,
Kadang dapat ditahan,
Tapi selalu engkau hilang pedoman.

Duhai hati….
Terlalu mudah engkau diperdayakan,
Perlahan dan juga diam,
Sedang jasadmu sering baik kelakuan,
Engkau sering diratah dan dibaham.

Duhai hati….
Selalu jasadmu di jalan kebenaran,
Rupanya engkau masih sesat tanpa pedoman,
Mengapa engkau harus begitu,
Bukankah engkau yang lebih utama?

Duhai hati….
Usahlah engkau dijangkiti,
Dengan penyakit bernama riya’,
Dengan virus bernama ujub,
Dengan kanser bernama sum’ah.

Duhai hati….
Ubatilah segara penyakitmu itu,
Dengan zikrullah mengingati Yang Esa,
Dengan doa harapan padaNya,
Dengan ikhlas sebagai jalan keluar.

Duhai hati….
Mahukah engkau membinasakan jasad?
Sedang jasad sujud rebah pada Pencipta,
Bersihkanlah dirimu dari segala penyakit dan jahiliyyah,
Biar yang tinggal hanyalah Tuhan..

(sesungguhnya amal yang paling utama adalah amal hati.. )