Archive for December, 2008

Hikmah Yang Hilang

Posted in Uncategorized on December 27, 2008 by hawariyyin

Sudah lama aku teragak-agak hendak menulis perkara ini, terkadang terfikir adakah perlu, atau terlalu remeh.. tapi naluri hatiku hari ini mengatakan aku perlu..

Berada di oversea banyak mengajar aku tentang banyak nilai kehidupan manusia, yang sepatutnya dipupuk, dididik dan dijelmakan dalam kehidupan harian manusia2 yang menggelarkan diri mereka sebagai muslim. Tetapi, aku melihat perkara ini tidak berlaku, agama yang sepatutnya berjaya mendidik hati-hati manusia, seolah-olah telah dihukum oleh penganutnya sehingga mereka yang menganuti agama ini hampir sama sekali hilang nilai2 yang patut ada pada seorang manusia.

Sebaliknya, nilai2 ini sudah menjadi sebati dengan mereka yang tidak menganuti agama ini. Hinggakan agama yang benar ini, seakan-akan hilang kebenaran dan kehebatannya. Tidak perlu aku berikan contoh, kalian semua pasti pernah berurusan di kaunter, senyum, ucapan terima kasih, bahasa yang sopan tidak pernah lekang.. Bagi yang pernah drive, sudah pasti berbeza memandu di Malaysia dan di UK, penuh tolak ansur dan bertimbang rasa.. Banyak lagi contoh yang aku mampu berikan, tetapi biarlah pengalaman kalian menjadi bukti kepada penulisan ini..

Mungkin hal ini remeh, tetapi aku melihat hal sebesar-besar perkara apabila da’ie2 yang sedang berkerja keras di atas jalan dakwah juga meninggalkan nilai2 manusia ini. Entahlah, mungkin mereka terlupa, atau mereka memandang remeh perkara2 ini. Biarlah aku berbaik sangka, mungkin mereka semua lupa.

Inilah pancaran iman, iaitu akhlak, yang sepatutnya menjadi kekuatan kepada da’ie2 di jalan ini. Sirah baginda banyak menjadi bukti bahawa kemenangan dakwah rasulullah SAW betitik tolak dari akhlak baginda. Berapa banyak golongan musyrikin yang menyerah diri atas kelembutan dan kehebatan akhlak baginda. Mana mungkin masyarakat islam di Mekah, begitu kuat dan erat memegang islam selama 13tahun jika akhlak baginda seperti kita. Ketulusan dan kehebatan akhlak baginda menjadi saksi kebenaran agama ini, sehingga sahabat2 di Mekah mampu menahan segala mehnah dan tribulasi selama 13 tahun. Hinggakan akhlak baginda di rakam di dalam alquran sebagai akhlak yang agung.

“ dan sesungguhnya, pada kamu (Muhammad) terdapat akhlak yang sangat agung” – alquran.

Aku menyeru kepada semua da’ie2 di jalan ini supaya kita semua membaja semula iman kita, kerana akhlak ini adalah pancaran iman, bukan sesuatu yang bole dibuat-buat dan direka-reka. Ia lahir secara semulajadi hasil kekuatan iman dan taqwa. Bersama kita tarbiyyah jiwa, hingga membuah iman dan amal. Semoga jalan dakwah kita akan lebih bermakna dengan perhiasan akhlak yang mulia. Kerana kita sudah ada contoh yang paling mulia, SAW.

Bukannya susah dan perlu dibayar untuk bermanis muka, berbudi bahasa dan mengucap terima kasih sebagai penghargaan dari kita, tetapi kesannya mungkin sangat mendalam kepada mad’u2 kita. Ingatlah, dakwah kita adalah menyentuh hati. Moga akhlak kita mampu menyentuh hati2 manusia untuk lebih dekat kepada Maha Pencipta..

Moga kita dibalas setimpal oleh Allah atas usaha dan niat kita.. wallahualam..

bunga dakwah

Posted in Uncategorized on December 17, 2008 by hawariyyin

Semalam,
Kulihat bunga itu,
Mekar,
Cantik,
Harum.

Semalam,
Kulihat bunga itu,
Sejuk mataku,
Tenang jiwaku,
Girang hatiku.

Tapi

Hari ini,
Kulihat bunga itu,
Kian merekah,
Kian layu,
Kian terkulai.

Hari ini,
Kulihat bunga itu,
Diratah kejam ulat bernama syaitan,
Ditiup kencang taufan jahiliyyah,
Dihanyut deras arus serakah.

Aku bertanya,
Salah siapa ini semua?
Tapi aku masih belum bertanya.

Sudah cukup bunga dijaga?
Sudah cukup bunga dibaja?
Sudah cukup disiram airnya?

Jangan kerana malasnya penjaga,
Hanya bunga di kecam hina,
Hanya bunga menempa neraka.

Hingga tika ini,
Aku masih menatap bunga itu,
Aku masih tertanya-tanya.

Adakah bunga akan terus terkulai layu?
Menyembah syaitan, jahiliyyah dan serakah.

Adakah bunga akan mekar semula?
Memberi semangat dan menenangkan jiwa.

Namun,
Aku tinggalkan kepada masa,
Kepada Yang Maha Esa,
Kerana mungkin penjaga sudah lelah berusaha..

(aku menulis ini ketika aku sedih melihat mad’u2 yang mampu dan berpotensi menggerakkan dakwah ini, tiba2 layu atas desakan nafsu sendiri, moga semua daie mampu bermuhasabah atas kelemahan kita ini.. doakan juga aku menulis sajak ini atas dasar yang ikhlas sebagai sekelumit sumbangan kepada dakwah.. jazakallah)