Archive for September, 2009

Masihkah kau ingat

Posted in Uncategorized on September 25, 2009 by hawariyyin

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sekuntum bunga mekar
Kuselit ke rambutmu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat(8x)

by kopratasa

(merindui teman-teman seperjuangan.. sudah lama kita tidak bersua muka.. yang hanya aku terima adalah berita kalian, adanya datang dari kalian sendiri, biasanya itu masih bicaranya bahasa dakwah.. ada kalanya berita kalian, aku terima dari mulut orang lain, biasanya itu tidak baik baikku kerana kalian sudah meninggalkan bicara kita dahulu..moga Allah mengurniakan aku thabat untuk terus menggenggam nikmat dakwah yang tidak ternilai ini..)

Jangan mudah tewas

Posted in Uncategorized on September 24, 2009 by hawariyyin

Pernahkan anda mengalami perasaan tidak senang pada seseorang ketika melakukan dakwah? Kadang-kadang kesalahan kesalahan yang dilakukan tidaklah seberapa, tapi kita ‘hyperbola’kan kesalahan tersebut hingga seolah terlalu besar kesalahan itu.

Jangan mudah tewas pada hasutan syaitan kerana kemarahan dan perasaan emosi anda bertindak tidak sepatutnya, sedangkan kesalahannya tersangatlah kecil. Lihatlah pada kebaikan yang pernah dilakukannya. Berlapang dada dalam bergerak secara amal jam’ie.

Setiap orang pasti melakukan kesilapan kerana kita berurusan dengan manusia yang sentiasa bertarung dengan hawa nafsu. Pasti ada saat, dia akan tewas. Begitu juga kita, pasti ada saat yang kita akan tewas. Raikan kelemahan orang lain kerana pasti diri kita juga punya kelemahan. Manfaatkan potensi yang ada pada orang lain agar terus berkembang untuk Islam.

Perasaan tidak senang hati semestinya lahir daripada hasutan syaitan yang sentiasa mahu melihat dakwah ini hancur dan layu. Kita harus bertindak agar rasional dan tidak tewas kepada hasutan syaitan agar dakwah ini terus mara ke depan.

Bersangka baiklah kepada ikhwah lain kerana besar kemungkinan telah banyak sumbangan yang telah dia berikan kepada Islam. Besar kemungkinan juga telah banyak saham akhiratnya di sisi Allah. Dan siapalah kita dalam dakwah ini untuk mempersoalkan kehebatan ikhwah lain. Mungkin kita hanya banyak komentar tapi sedikit benar sumbangan.

Sama-sama kita muhasabah, bangunan dakwah kita terus kukuh dengan jalinan ukhuwwah, husnuzon, mahabbah, kasih sayang, saling memaafkan, berlapang dada, saling mendoakan.. langkah indahnya dakwah ini jika semua ikhwah mampu berperasaan sedemikian..

Jauhi hatimu wahai daie dari ditewaskan oleh hasutan syaitan dan pohonlah perlindungan segera dari tuhan agar terhindar dari fitnah yang memecah belahkan..

Bersegera kepada ampunan

Posted in Uncategorized on September 23, 2009 by hawariyyin

Manusia memang tidak dapat tidak, pasti melakukan kesalahan dan dosa. Itu adalah satu yang pasti. Bukanlah satu kesalahan untuk melakukan kesalahan, tapi satu kesalahan jika tidak disusuli dengan munajat dan memohon ampun serta taubat dari tuhan.

“Setiapa anak Adam (manusia) pasti akan melakukan kesalahan, sebaik-baik yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang bertaubat” -Ahmad dan Tirmizi

Dalam alquran diceritakan sifat orang bertaqwa bukanlah tidak melakukan kesalahan. Tetapi sifat orang bertaqwa adalah mereka bersegera memohon keampuanan dari Allah dari dosa yang telah mereka lakukan.

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” [3:133]

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui” [3:135]

Dalam alquran juga Allah sering memuji dan suka pada mereka yang melakukan kebaikan dan juga kepada mereka yang bertaubat. Keduanya adalah cintaan Allah.

Bersegeralah kita untuk taubat kerana daie, pasti banyak kesalahan yang kita lakukan.. moga Allah ampunkan dosa kita yang lalu dan akan datang amin..

Kebahagian dan kepuasan kita berbeza

Posted in Uncategorized on September 22, 2009 by hawariyyin

Rezeki datang tanpa disangka, jadi mengapa kita tidak redha jika dia hilang tanpa disangka?

Ketika rezeki datang tanpa disangka, tidak pernah kita bersyukur. Bila rezeki hilang tanpa disangka mula kita merungut dengan takdir Tuhan?
Siapakah kita? Member rezeki atau pun Allah yang member rezeki?

“Aku tidak menghendaki rezki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh” [51:57-58]

Sudah banyak kita belanjakan untuk kepentingan diri sendiri, mulalah belajar untuk belanja di Jalan Allah.

Usahlah berkira jika duit habis kerana dakwah, jika akaun bank kosong kerana dakwah.

Usahlah cemburu memandang orang yang menghabiskan duit untuk baju dan kasut baru, tapi kita habiskan duit dgn tiket bus dan train, juga infaq semasa program.

Abaikan kerenah orang lain kerana kepuasan dan kebahagian kita bukan pada baju dan kasut baru, bukan pada kereta dan phone baru.

Tapi kegembiraan dan kebahagian kita pada majunya dakwah ini. Puasnya kita bila makin ramai orang mengenal dakwah ini. Keseronokan kita apabila mutarobbi kita semakin mengenal dan mengamal dakwah ini.


“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [2:261]

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” [9:111]

Itulah beza kita dan mereka.

Dakwah bukan teori tapi amali

Posted in Uncategorized on September 21, 2009 by hawariyyin

Itulah dakwah, bukan sekadar tersimpan rapi dalam buku, fikiran atau lebaran. Seharusnya ia dihidupkan dengan amal. Hari ini, aku terus melihat bukti demi bukti bahawa dakwah ini masih di tahap teori, teori yang sangat semangat dilaungkan sehingga bergema ketika daurah, mabit, tamrin dan mukhayyam. Tetapi amali seolah-olah satu bisikan seorang tua di tengah hiruk pikuk bandar besar. Tidak langsung member kesan kepada masyarakat, bahkan tenggelam dalam arus bandar besar.

Hari ini aku masih berada di dakwah ini, kerana meyakini dakwah ini yang paling tepat secara teorinya. Tetapi hari-hari yang aku lalui, telah meyakinkan aku bahawa jemaah tabligh adalah dakwah paling tepat secara amalinya. Terlalu banyak kehebatan jemaah tabligh, dan terlalu banyak kekurangan jemaah kita.

Di mana ikhwah kita ketika solat jemaah di masjid? Jika saf pertama dipenuhi jemaah tabligh, pasti ikhwah kita berada di saf terakhir kerana masbu’. Jika jemaah tabligh mampu berlapang dada dan ikhlas, ketika itulah ikhwah kita mula berprasangka dan berfikir dunia. Jika jemaah tabligh mampu ber’itikaf di masjid 10 malam terakhir Ramadan, ketika itu ikhwah terus lena di atas katil empuk.

Hari ini aku masih di atas dakwah ini, kerana sudah ada bukti bahawa dakwah ini bukan teori tetapi keduanya, teori dan amali. Tetapi itu bukti dari generasi terdahulu, generasi sebelum kita. Belum ada bukti dari generasi kita di depan mataku, jika ada, masih terlalu sedikit semacam bisikan seorang tua tadi. Moga kita dapat mencedok kebaikan dari sesiapun kerana kebaikan itu sebenar datang dari Allah.

Senja Ramadan

Posted in Uncategorized on September 19, 2009 by hawariyyin

Senja ramadan,
sirnanya cahaya keemasan,
samar di ufuk barat,
kitaran sunnatullah,
akan berakhirnya hari ramadan,
bakal tiba hari seterusnya.

Di satu desa,
tersangat ramai penghuninya,
mereka bersorak gembira,
kerana ramadan sudah senja,
akan berakhir sudah satu sekatan,
akan berakhir sudah satu tahanan,
akan berakhir sudah satu bebanan,
akan muncul semula kebebasan,
mereka lupa dan alpa.

Di satu desa yang lain,
tersangat sedikit penghuninya,
mereka menangis tidak henti,
keran ramadan sudah melambai,
mengucapkan salam perpisahan,
mereka meratapi sekuatnya,
kelemahan bersama ramadan lalu,
pertemuan yang tidak pasti,
mereka terlalu cinta dan rindu.

Di desa ini,
tinggallah aku bersendirian,
terus memerhati penghuni dua desa,
berfikir untuk memilih,
senja ramadan sudah berakhir,
ramadan sudah pergi,
di manakah aku sebenarnya?

(ramadan sudah pergi.. adakah aku ini ‘product’ yang berkesan dalam madrasah tarbiyyah ramadan yang lepas.. terlalu lemah aku di sisi Allah.. ampunkan daku ya Allah.. di mana pula anda menghuni?)

Mungkin Saja Kelemahan atau Alasan

Posted in Uncategorized on September 5, 2009 by hawariyyin

Assalamualaikum..

Sedar atau tidak, sudah 3bulan blog ni tidak terisi, iaitu sepanjang cuti summer.. mungkin satu kelemahan atau alasan?

mungkin saja satu kelemahan kerana sebagai seorang manusia, tidak pernah lari dari kesalahan. tambahan pula, tiada internet access di rumah, klo ade idea nk menulis pun xleh menulis. bile dah ada di CC, idea xdatang, xde mood nk menulis. lagipun, bila ada d CC, terkejar-kejar kerana inbox sudah penuh dgn email.. Di malaysia juga, ada saja aktiviti, klo tidak keluarga, dgn kawan-kawan.

adakah itu satu juga alasan supaya sedap hati? Sahabat nabi adalah generasi contoh dan bukti bahawa dakwah ini tidak semestinya perlu kemudahan, tetapi perlukan kesungguhan.. Asgtaghfirullah..

terlebih dahulu, mohon ampun dari Allah atas kelemahan atau alasan dalam dakwah ini. juga kemaafan kepada yang lain kerana sudah berhabuk blog ini. moga ramadhan ini menjadi waktu dan tempat untukbermunajat mememohon ampun dari Allah atas segala kelemahan ini.

Salam ramadhan juga kepada semua, moga madrasah tarbiyyah ramadhan yang Allah sediakan untuk umat manusia ini digunakan sebaik mungkin untuk bermuhasabah, beribadah dan mengejar taqwa. ramadhan berlalu dgn pantas, tanpa kita sedar ramadhan sudah hampir untuk tinggalkan kita. samada kita ada harapan tahun hadapan? moga saki baki ramadhan yang ada kita gunakan ntuk memohon ampun dari Allah dan menambah baikkan segala ibadah kita amin..

“bukanlah kita mencari sangat hidayah ini, tetapi kita di langgar dengan hidayah ini, Allah dah pilih kita.. tahu-tahu la skit mcm mana nk bersyukr”

itulah ayat salah seorang daie yang ana pernah jmpa.. banyak ana tersentuh dgn ayat ini.. moga ramadhan menjadi tempat kita bersyukur, bukan hanya sekadar bila sudah kenyang berbuka, tapi dipenuhi dgn amal ibadat membersihkan hati dan jiwa sebagai tanda syukur kita yg tidak terhingga kepada Allah..

moga Allah menambah hidayahNya pada kita dalam bulan tarbiyyah ini.. amin ya rab..

salam madrasah tarbiyyah ramadhan..