Tidak cukup saki baki

Aku mulakan entry dengan memetik kata-kata ahmad arrasyid dalam bukunya, ar raqaiq:

“Nama kita akan tetap berdaftar di dalam catatan orang-orang yang lalai lagi alpa, selama mana kita masih memberikan sisa-sisa waktu kepada dakwah, selama mana kita tidak mencintainya dengan penuh kesungguhan, dan tidak pula menjadikannya sebagai profesi kita”

sungguh tinggi dan bermakna kata-kata di atas, seolah-olah menusuk terus dalam hati. aku rasa kata-kata ini juga pernah diucapkan ahmad arraasyid dalam siri bukunya muntalaq..

apakah sisa-sisa waktu itu? ketika mana kita menjadikan agenda dakwah ini sebagai agenda kedua dalam hidup kita, ketika kita menyusun masa dah hidup kita.. jika diberi peluang, barulah kita menjadikan dakwah sebahagian dari agenda hidup kita.. bukan kita mencari ruang dan peluang untuk menempatkan dakwah ini dalam hidup kita..

kalau kita mampu mengadakan jadual study yang tersusun, cantik dan padat.. di mana jadual dakwah dan tarbiyyah kita? aku tidak mahu mengambil contoh yang terlalu jauh.. berapa lama kita masa kita peruntukkan untuk bertilawah? menghafal? ataupun bila mana ada sedikit masa selepas selesai urusan yang lain? bukankah itu juga sisa-sisa masa untuk mentarbiyyah diri?

Melangkah ke dalam halaqah dalam keadaan tidak bersedia.. kenapa? kerana kita tiada jadual hidup kita untuk tiba di halaqah dalam keadaan bersedia..

plan?? belum sempat graduate lagi sudah plan samada kerja di sini atau di sana.. tapi tak pernah plan (maybe ade skit2) apa akan jadi dakwah dan tarbiyyah di tempatnya akan jadi bila sudah abis belajar.. apa akan jadi dakwah dan tarbiyyah di tempat selepas 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun.. yang ada dalam plannya, hanyalah dirinya.. dirinya.. dan dirinya..

sebenarnya.. banyak contoh lagi.. tetapi aku yakin yang membaca itu lebih mengetahui contoh dan memahami dirinya.. aku biarkan saja sampai di sini..

sebelum aku menutup, aku ingin petik kata-kata Abdul Wahab ‘Azzam:

“Jika kamu tidak disibukkan dengan perkara-perkara yg besar, nescaya kamu akan disibukkan dengan perkara-perkara yang remeh”

ya.. jika fikiran, plan, jadual, masa, diri, hati, jiwa dan nafsu kamu tidak diberikan kepada dakwah ini.. kamu pasti akan beri kepada alhawa, kerana kita tiada jalan ketiga… syurga atau neraka.. nafsu atau wahyu.. tiada titik persamaan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: