Archive for February, 2009

wahai da’ie

Posted in Uncategorized on February 15, 2009 by hawariyyin

wahai daie,
Ingatlah! dakwahmu ini,
dari hati ke hati,
jadi bersihkanlah hatimu,
sebelum hati orang lain engkau bersihkan.

wahai daie,
Ingatlah! dakwahmu ini,
menyentuh hati,
jadi perelokkan langkahmu,
hiasi akhlakmu.

wahai daie,
jangan terlalu berangan,
berkejaran ke istana ketamadunan,
sedangkan kunci sudah kamu cicirkan,
hentikanlah angan-angan.

maka daie,
berilah ucapan salam kesejahteraan,
terima kasih sebagai penghargaan,
senyuman tanda kasih sayang.

ayuh daie,
kita kembali ke jalan permulaan,
kutip semula kunci yg sudah kita cicirkan,
agar angan-angan bertukar menjadi kenyataan.

percayalah daie,
dakwahmu pasti berkesan,
sedikit dengan perkataan,
banyak dengan teladan.

(sajak ini aku tujukan khas buat diri sendiri agar sentiasa beringat bahawa sekecil-kecil benda juga perlu untuk ketamadunan islam, bahkan lebih penting berbanding tamadun itu sendiri.. tamadun yg kita selalu bicarakan akan hanya menjadi angan2 jika akhlak dan tingkah laku kita tidak melayakkan kita memegang ketamadunan itu.. ayuhlah daie, hiasi akhlakmu, itu adalah lebih penting dari apa yang engkau cuba bawakan kerana manusia lebih mendengar dengan perbuatan berbanding perkataan..)

Advertisements

Kerna Cinta Ilahi

Posted in Uncategorized on February 10, 2009 by hawariyyin

Kerna cinta Ilahi,
Akan ku cari jalan kepenatan,
Akan ku redah ombak kesusahan,
Akan ku pilih hidup kemiskinan,
Akan ku biar lorong kesenangan.

Kerna cinta Ilahi,
Aku sanggup tiada habuan,
Aku sanggup tiada bayaran,
Aku rela tiada sanjungan,
Aku tegar tahan kelaparan,
Aku redho hilangnya kemewahan.

Kerna cinta Ilahi,
Aku tiada lagi pilihan,
Memilih sunnah penciptaan,
Yang mencipta memberi arahan,
Yang di cipta akur pada arahan.

(moga kader2 dakwah semua sentiasa beringat bahawa tiada apa yang lebih memuaskan diri dan jiwa kita selain redha can cinta dr Allah.. usahlah kejayaan kita diukur dengan bilangan pengikut kita, sebaliknya di manakah diri kita di hadapan Allah kelak.. Adakah nama kita sentiasa di sebut di langit Allah, ataupun kita sekadar terkenal di bumi, tetapi sekali pun tidak menjadi perbualan antara malaikat di langit.. moga redha Allah di cari, bukan redha nafsu dan manusia.. ikhlaskan niat)

Puisi Assyahid Sayyid Qutb

Posted in Uncategorized on February 8, 2009 by hawariyyin

Sahabat,
Andainya kematianku ini kau tangisi
Pusaraku kau siram dengan air matamu
Maka diatas tulang belulangku yang sudah hancur luluh
Nyalakan obor untuk ummat ini
Dan lanjutkan gerak merebut kemenangan

Sahabat,
Kematianku hanyalah suatu perjalanan
Memenuhi panggilan kekasih yang merindu
Teman-teman indah di syurga Tuhan
Terhampar menanti
Burung-burungnya berpesta menanti ku
Dan berbahagialah hidupku disana

Sahabat,
Cahaya kegelapan pastikan lebur
Fajarkan menyingsing
Dan alam ini kan disinari cahaya lagi
Relakanlah rohku terbang menjelang rindunya
Jangan gentar berkelana ke alam abadi
Disana cahaya fajar memancar.

-Puisi Assyahid Sayyid Qutb

tarbiyyah dzatiyyah

Posted in Uncategorized on February 5, 2009 by hawariyyin

“naqib aku ni.. ape la.. macam tak nak buat usrah je”

“tak mantap la naqib aku nih.. ko tak ape la, naqib mantap..”

“bila entah naqib aku nak buat qiyam jamie nih..”

Bermacam-macam lagi yang aku pernah dengar, mungkin sebahagiannya pernah terbit dari mulut sendiri. Tapi semuanya membawa maksud yang sama, mengenai naqib yang kurang hebat, kurang tersusun, kurang serba-serbi, semacamlah naqib itu bukan manusia biasa.

Semua orang mengimpikan naqib sehebat rasululullah SAW, atau sehebat sahabat2 RA, mungkin juga sehebat syeikhul tarbiyyah, imam assyahid hasan albanna atau ust rahmat Abdullah, paling tidak pun sehebat ustaz ataupun akh yang mampu mengeluarkan dalil dari quran mahupun sunnah secara spontan. Tidak salah untuk mengimpikan yang terbaik untuk diri sendiri dan ummah. Tetapi hakikat dan kenyataannya, bukanlah semua manusia akan mendapat peluang yang sama.

Mengapa letakkan harapan yang tinggi kepada orang lain? Mengapa tidak letakkan harapan yang tinggi itu pada diri sendiri? Kerana kita tidak boleh mengharap semua datang dari orang lain, tetapi kita boleh mengharap semua datang dari diri sendiri. Apa yang lebih penting di dalam tarbiyyah ini adalah kemahuan dan keinginan yang tinggi dari diri sendiri, lebih tinggi dari si naqib dan sesiapa sahaja. Mana mungkin perubahan mampu berlaku jika keinginan yang tinggi hanya datang dari si naqib, tetapi anak usrah sekadar acuh tak acuh dalam membentuk diri.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehinggalah mereka mengubah apa yang ada dalam diri sendiri..” (13:11)

Inilah apa yang dipanggil tarbiyyah dzatiyyah, di mana kita menjadi lebih pro aktif di dalam dakwah dan tarbiyyah melebihi kemahuan dan keinginan naqib/ah kita.

Perubahan ke arah islam, adalah perubahan yang bermula dari keinginan, disusuli dengan persediaan dan tindakan.

“dan mereka yang berjihad di jalan Kami, nescaya Kami akan tunjukkan mereka jalan-jalan Kami..”
(29:69)

“mimpi semalam adalah kenyataan hari ini,
mimpi hari ini adalah kenyataan hari esok”
-Imam As-Syahid Hasanul Banna-

Dan perubahan yang paling besar adalah perubahan di dalam hati, bertepatan dengan sabda junjungan tercinta SAW

“ ada segumpal darah di dalam jasad manusia. Jika baik (darah tersebut), baiklah jasad keseluruhannya. Jika fasad (darah tersebut), fasadlah jasad keseluruhannya. Itulah qalb(hati)”
(Bukahri dan Muslim)

Pada masa yang sama naqib juga,tidaklah boleh lepaskan tangan, mengharapkan anak usrah memanjat bukit dakwah ini keseorangan. Baginda SAW juga ditarbiyyah Allah, Baginda SAW juga adalah naqib agung, mengapa tidak mahu mencontohi, mana mungkin kita mahu berlepas tangan.

“katakanlah (Muhammad); ‘jika kamu mencintai Allah,ikutlah aku’…” (3:31)

Kisah hud2 dan nabi sulaiman patut dijadikan contoh, samada naqib baik pun anak2 usrah. Nabi sulaiman(naqib) begitu mengambil berat ttg hud2(anak usrah), tetapi hud2 tidak hanyya menunggu arahan dr nabi sulaiman. Kisah ni boleh diteliti dan dihayati di dalam suroh An-Naml:20-22..

Moga usrah menjadi medan kita berkasih-sayang dan mendidik jiwa ke arah mengejar keredhaan Allah kerana masa yang kita ada sudah suntuk, maut bila-bila saja menghampiri kita. Buat kader2 dakwah, moga perkataan maut mampu menggetarkan dan membersihkan jiwa kita, jika belum, usrahlah medan kita..

wslm..

(susah untuk ikhlaskan niat, tetapi itu adalah perlu kerana aku hanya hamba,bukan Maha Pencipta)