Archive for January, 2009

Aku Juga Manusia

Posted in Uncategorized on January 23, 2009 by hawariyyin

Tersalah kata,
Terlanjur bahasa,
Tersilap bicara,
Terlajak mara,
Sudah lumrah manusia.

Jangan tersalah sangka,
Bukan aku sengaja,
Aku juga mencuba,
Tapi apakan daya,
Sudah lumrah manusia.

Berikanlah aku masa,
Untuk terus mencuba,
Jika esok masih sama,
Kemaafan kupinta,
Kerana aku juga manusia.

(sentiasa mengharapkan perubahan akan berlaku dalam diri, tetapi masih terdapat sisa2 yang belum dapat aku perbaiki, hinggakan ade yang terluka.. masih byk perlu aku lakukan untuk perubahan diri, masih byk yang perlu aku lakukan untuk membersihkan diri ini.. buat para duat, semoga kalian dapat dapat menjaga tutur kata dan tingkah laku agar sentiasa berbeza dari manusia biasa.. apa yang pasti, semua ini hanya dapat dicapai melalui TARBIYAH..namun berilah masa kepada setiap penyakit, kerana masa adalah sebahagian daripada rawatan)

Rintihan Gaza

Posted in Uncategorized on January 15, 2009 by hawariyyin

rintihan gaza,
saksi kesyaitanan,
satu bedilan,
ribuan kematian.

rintihan gaza,
suara kematian,
kanak kecil, wanita dan orang awam,
di sembelih semacam binatang.

rintihan gaza,
satu ujian,
siapa kawan,
siapa lawan.

rintihan gaza,
tanda kebisuan,
mereka yang beserban,
dan pemimpin negara islam.

rintihan gaza,
satu penyelesaian,
perlunya kebangkitan islam,
bukan sekadar sorakan jalanan,
bukan sekadar memboikot barangan,
kerana semua itu hanyalah sampingan.

rintihan gaza,
di mana aku?
di mana islam?
ayuh kembali kepada islam.

aku menulis sajak ini ketika merasakan bahawa manusia yang terutama beragama islam belum sedar bahawa islam merupakan solution, memboikot dan berdemo adalah bersifat sementara. aku melihat mereka kuat memboikot dan berdemo, tetapi masih belum kembali kepada islam. buat para duat, inilah cabaran kita, masih banyak kerja yang perlu dilakukan.. ayuh, letakkan kaki di jalan Allah.. FREE! FREE! PALESTINE!