Dakwah itu Qudwah

“… Pada hari ini telah aku sempurnakan kepada agamamu, dan telah aku cukupkan nikmatKu bagimu, dah telah aku redha islam sebagai agamamu..”

hari ini kita telah punyai semuanya.. tapi mengapa islam dan dakwah itu masih kaku? adakah fenomena kaku ini kerana adanya salah pada agama ini?

agama ini adalah kaku dan tidak bergerak, yang bergerak hanyalah manusia.. agama itu akan terus berada pada lembaran kertas alquran dan hadis sekiranya manusia tidak menggerakkan islam..

itulah yang berlaku dalam fenomena kelesuan dakwah ini, kita hilang qudwah.. kita hilang tempat rujukan, bukan rujukan teori tetapi amali, kerana dakwah itu amalinya.. Islam vs islam, yang selalu kita bicarakan..

tapi fenomena seorang daie bukanlah Islam vs islam, tetapi islam bercakap vs islam beramal.. ya, kita sudah ramai daie yang mampu bercakap dengan dalil alquran dan hadis.. tapi kita kurang daie yang mampu beramal dengan dalil.. di situlah silap kita..

fenomena inilah yang terus melahirkan pewaris daie yang bercakap.. yang berkata tajarrud dakwah, tapi dirinya masih penuh fikiran duniawi.. daie yang berkata tentang mutabaah amal, tetapi dirinya tidak langsung tidak cuba dihisab.. daie yang berkata tentang sayonara jahiliyyah, tapi penuh daki-daki jahiliyyah melekat padanya..

pewaris dakwah ini, sedang dahagakan qudwah.. qudwah yang menjadi teladan, pembakar semangat dan sumber inspirasi ketika dilanda penyakit futur..

tarbiyyah itu melahirkan daie amali, bukan cakap semata-mata.. di mana salah kita? sudah masanya, kita renung dan muhasabah atas kelesuan dakwah ini, sebelum lahir lebih banyak generasi pewaris dakwah bercakap semata..

Qudwah.. itulah method tarbiyyah..

One Response to “Dakwah itu Qudwah”

  1. subhanallah..

    ana sangat2 setuju dgn post ini..
    tidak dinafikan lagi, dakwah itu bukan sahaja cara atau gerak kerja kita menyeru org ramai ke arah kebaikan..
    namun, qudwah hasanah itu turut menjadi dakwah kita ataupun amar makruf nahi mungkar kita kepada org lain..

    peganglah ayat Allah dalam surah As-Saff ayat 2&3..
    buatlah apa yg kita perkatakan..

    muhasabah diri..
    wassalam

Leave a comment