Archive for March, 2009

Rabbanikah kita?

Posted in Uncategorized on March 31, 2009 by hawariyyin

Mengapa susah benar untuk orang percaya kepada dakwah ini? Sedangkan kita meyakini bahawa manhaj ini merupakan yang terbaik untuk manusia. Sesuai dengan fitrah manusia. Mengapa manusia sukar menerima fitrah ini? Adakah ada kelemahan pada manhaj ini? Mustahil.

“Celupan Allah, Siapakah yang lebih baik celupannya melainkan Allah? dan kepadaNya kami menyembah” (2:138)

Sesungguhnya, manhaj ini adalah manhaj yang bersifat rabbani, kerana apa yang telah kita amalkan dan dakwahi datangnya dari Allah s.w.t.

“.. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku..” (6:50)

Malahan, sifat Islam itu sendiri adalah sejahtera. Sangat tepat dengan sifat Tuhan Rabbul ‘Alamin yang Maha Penyanyang, Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

“Masuklah kamu ke dalam ‘kesejahteraan’ secara keseluruhannya, janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sungguh dia (syaitan) adalah musuh kamu yang nyata” (2:208)

Sehingga mustahil untuk kita mencari kecacatan pada manhaj ini apabila Nabi SAW diangkat semula berjumpa dengan kekasihnya.

“Hari ini, telah aku sempurnakan ‘deen’ kamu, dan telah aku sempurnak nikmat ke atas kamu dan aku redha Islam menjadi agama kamu..” (5:3)

Jadi di mana salahnya? Mengapa dakwah ini begitu sukar untuk di terima manusia? Jika tiada kelemahan pada manhajnya, sudah pasti ada kelemahan pada pembawa manhaj ini sehingga manusia sukar untuk menerima dakwah ini. Walaupun, apa yang di ajak memberi kebaikan.

“Tidak mungkin bg seseorang yang diberi kitab oleh Allah, hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata ‘jadilah penyembah aku’, sebaliknya ‘jadilah kamu rabbani’ kerana kamu mengajar kitab dan mempelajarinya” (3:79)

Mungkin di sinilah salah kita semua, manusia-manusia yang mengaku sebagai pendakwah. Setelah diseru kepada dakwah, kita tidak mampu menjadi hamba yang ‘rabbani’, apatah lagi daie yang ‘rabbani’. Inilah penyebab kepada ketidaksuburan dakwah ini, apabila ‘assolah’(keaslian) dakwah tidak dapat dikekalkan oleh para duat.

Mana mungkin sesuatu yang bersih, jika dibawa oleh seorang yang kotor, natijahnya tetap akan menjadi bersih. Samalah kepada dakwah ini. Asas kepada dakwah ini adalah ‘rabbani’, risalah dan rijalnya. Inilah asas kepada kesuburan dakwah ini.

Sejarah panjang para sahabat dan salafussoleh telah membuktikan kebenaran ini. Lihat sajalah kepada sahabat baginda, Bilal bin Rabah, seorang hamba yang berkulit hitam. Rab’iy bin Amir, seorang badwi yang menjadi utusan nabi ke Parsi. Keduanya tidak memerlukan segulung ijazah mahupun pelajaran yang tinggi untuk mengajak manusia kepada agama ini. Tetapi berjaya mengajak ramai manusia sujud kepada Ilahi. Ramai manusia yang terkesan dengan dakwah mereka.

Tetapi daie hari ini, bukan sekadar mempunyai segulung ijazah, malahan segala kemudahan untuk berdakwah. Namun sedikit benar manusia yang terkesan akan dakwah ini. Mengapa ini berlaku?

Kerana daie hari ini, jiwanya jauh dari Allah, solat tahajjud hanya sebulan sekali, tilawahnya hanya 2 3 muka sehari, solat sunat hanya bila perlu, zikir tidak lagi menjadi kebiasaan kepada dan lidah dan bibir, solat jemaah bukan lagi keutamaan dan istighfar memohon keampunan jarang kedengaran. Hinggakan pertolongan Allah buat mereka teramat jauh, setiap perkataan yang mereka dakwahi bukanlah terbit dari hati yang dekat dengan Ilahi dan setiap perbuatan dakwah mereka bukanlah terbit atas desakan iman di hati.

Bukanlah aku ingin katakan ijazah itu tidak penting, tetapi mengingatkan para daie supaya tidak berlepas tangan kepada perkara yang teramat penting di dalam dakwah ini.

Inilah ‘assolah’ dakwah yang telah ditinggal daie masa kini. Sedangkan inilah ‘priority’ sahabat-sahabat baginda dalam mereka berdakwah,rahib di malam hari. Mengapakah harus kita tinggalkan semua ini.

Sudah cukup ‘rabbani’ kah wahai daie? Bilalah Islam akan menang jika daie terus begini..

Bisikan

Posted in Uncategorized on March 15, 2009 by hawariyyin

Satu bisikan,
Pemisah dua jurang,
Seorang ke syurga idaman,
Seorang ke neraka jahanam.

Satu bisikan,
Mudah benar tersalah,
Semalam kerana Allah,
Hari ini melawan Allah.

Bisikan hati,
Lihatnya sekecil biji sawi,
Tapi tinggi di sisi Ilahi,
Antara manusia atau redha Ilahi.

(moga niat dalam setiap amalan sentiasa diperbaharu.. susah, tetapi perlu.. mudah berubah, perlu sentiasa diperbaharui.. ikhlas dan ikhlas dan ikhlas..)

Kepada Siapa Hukuman?

Posted in Uncategorized on March 6, 2009 by hawariyyin

Di lembah itu,
Mereka tertipu,
Disangka gemerlapan,
Rupanya kegelapan.

Kepada siapa hukuman?
Mereka yang kesesatan,
Atau mereka yg kononya beriman,
Di akhirat beri jawapan.

“dan seperti itu, Allah jadikan kamu umat pengantara, untuk kamu menjadi ‘saksi’ kepada manusia, dan rasulullah menjadi ‘saksi’ kepada kamu…”

(aku itu adalah yang merasai berat akan tanggungjawab ini)

Sekadar Makan dan Bergurau Senda

Posted in Uncategorized on March 3, 2009 by hawariyyin

adakah kehidupan ini sekadar makan dan senda gurau?? begitu kecil dan rendah nilai kehidupan..

adakah sekadar ini sahaja tujuan makhluk yg bernama manusia diciptakan?? dan dilaungkan dalam al-quran sebagai makhluk pilihan??

jika inilah tujuan, hancurlah alam.. jika ini juga tujuan manusia diciptakan, tidak ubahlah makhluk pilihan ini seperti binatang..

mungkin ada yg berkata tidak, tetapi hakikatnya adalah anda hanya menjaga perut anda dan keluarga anda sahaja..

jika anda katakan tidak? ke mana hilangnya masa anda? tenaga anda? wang anda? jika tidak bukan ke perut dan kesenangan anda sendiri..

jika belajar, anda katakan anda belajar kerana Islam, tetapi perancangan masa depan bukanlah untuk Islam..

usai belajar, aku bekerja, aku kumpulkan kekayaan, aku kahwin, aku beli kereta besar dan rumah besar.. bahagiakan??

ada lebihan kekayaan, aku ke tanah suci menunaikan panggilan, ini saja cebisan islam dalam pemikiran anda, itu pun dah kira baik, kalau yang difikirankan anda tanah suci..

betulkan apa yang aku katakan?? inilah yang ada dalam pemikiran anda dari dahulu hingga sekarang, harapnya bukan masa depan..

jika benar Islam dalam pemikiran anda, sudah tentu yang datang dahulu adalah Islam, bukan perut anda dan keluarga anda..

bagaimana mahu aku habiskan wang ini untuk Islam?? tenaga ini untuk Islam?? masa dan usia ini untuk Islam??

Jika ada lebihan, barulah untuk perut aku dan keluarga aku.. betulkan ape yg aku katakan??

anda mampu menipu diri dan manusia lain di sini, menipu untuk merasa senang dengan jenayah yang anda lakukan..

tetapi anda pasti tidak akan menipu di sana.. itu adalah kepastian.. teruslah menipu diri jika masih belum gusar akibat di sana..