Archive for January, 2010

Aku yang Berdosa

Posted in Uncategorized on January 28, 2010 by hawariyyin

Saat demi saat berlalu,
Hati ini terus aku cemari,
Dengan kegelapan dosa,
Hinnga hilang getaran imannya,
Hingga samar cahaya hidayahnya,
Hingga runtuh kekuatan amalnya,
Hingga pudar seri wajahnya,
Lalu aku mula sesat dan menyesatkan.

Detik demi detik mendatang,
Aku masih mengukir durjana,
Tanpa taubat di antara dosa,
Tanpa setitik lelehan airmata,
Terlalu angkuhkah aku pada neraka?
Mungkin aku perlu seketika menyendiri,
Mengetuk dan bertanya kepada hati,
Masih adakah Tuhan di dalam hati?

(mengapakah harus anda merosakkan hati dengan dosa sedangkan hati itu benci kepada dosa.. jangan korbankan dakwah ini hanya kerana dosa-dosa anda, jangan terlalu mudah berkata, salah cara ini dan itu.. tapi ketuklah hati dan tanya di manakah salah hati ini.. graviti daie.. gema pantulan daie.. aku itu yang masih menyalahkan diri)

Advertisements

Tilawah itu bukan satu-satunya ibadah

Posted in Uncategorized on January 12, 2010 by hawariyyin

Hari ini aku terus lagi ditarbiyyah oleh Allah, Tuhan yang telah mengurniakan hidayah kepadaku..

satu peristiwa yang menarik berlaku di masjid tadi, yang mana aku rasakan jiwa seorang mukmin itu seharusnya sensitif. Melihat,menilik dan menginterpretasikan keadaan dan sekeliling untuk beribadah.

Ketika di masjid tadi menantikan solat jemaah, kerusi dan meja tersusun di ruangan solat. Aku perhatikan ada 2orang jemaah yang berusaha keras untuk mengalihkan meja dan kerusi tersebut untuk kepentingan jemaah lain berjemaah, dan mencantikkan pandangan ruang solat itu..

Aku perhatikan jemaah lain hanya bersembang dan bertilawah, seolah-olah tidak sedar yang 2 orang jemaah yang sedang bertungkus lumus itu memang memerlukan tenaga lebih untuk meringankan dan mempercepat urusan. Mereka masih asyik bertilawah dan menghafal..

Aku sendiri tidak pasti yang mana harus didahulukan. Tapi jauh di sudut hatiku, pertolongan harus didahulukan, tilawah itu harus ditinggalkan sebentar, meringankan beban saudara lain itu adalah lebih utama. Jangan merasakan ibadah itu hanya tilawah semata-mata. Jiwa kita harus peka dan sensitif..

Al-quran ketika awal-awal diturunkan dengan lantangnya membela kaum yang lemah, yang memerlukan pertolongan, orang miskin, golongan hamba dan anak yatim. Pembelaan terhadap golongan inilah yang menjadi manifestasi keimanan sahabat-sahabat..

“Tahukah kamu apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? (12) (yaitu) melepaskan budak dari perbudakan, (13) atau memberi makan pada hari kelaparan, (14) (kepada) anak yatim yang ada hubungan kerabat, (15) atau kepada orang miskin yang sangat fakir. (16) Dan dia (tidak pula) termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. (17)”

Al-Balad (90)

Tidak sesekali aku menafikan ibadah tilawah itu, tetapi setiap perkara harus ada pada tempat dan keadaannya, harus ada keutamaannya.

Khutbah jumaat yang lepas, imam ada menceritakan tentang satu kisah yang sangat berkait dengan apa yang ingin aku sampaikan. kisah tentang abdullah ibnu mubarak:

“Dalam perjalanan mengerjakan haji, abdullah ibn mubarak dan pembantunya ada bertemu dengan seorang miskin yang mengadukan hal ini padanya. Abdullah ibn mubarak bertanya kepada pembantunya tentang jumlah yang perlu untuk mereka pulang ke rumah dari tempat tersebut. Setelah diasingkan wang yang akan digunakan sebagai bekalan pulang, abdullah ibn mubarak menyerahkan selebihnya kepada orang miskin tersebut dan pulang ke rumah. Dan dia mengatakan kepada pembantunya bahawa itulah ibadah haji mereka pada tahun itu (merujuk kepada membantu orang miskin tersebut)”

Inilah yang aku maksudkan mukmin yang berjiwa sensitif, walaupun termaktub bahawa ibadah haji itulah adalah ibadah khusus dalam islam, tetapi haruslah diletakkan dalam realiti dan keadaan sepertimana peristiwa tilawah tadi.
.
Terutama daie yang menyeru kepada manusia, jiwa mereka haruslah terlalu sensitif, sepertimana sensitifnya jiwa khalifah umar abd aziz terhadap kemewahan pemerintahan islam ketika itu..

Ayuh daie, sensitifkan jiwa dengan alquran..