Kebahagian dan kepuasan kita berbeza

Posted in Uncategorized on September 22, 2009 by hawariyyin

Rezeki datang tanpa disangka, jadi mengapa kita tidak redha jika dia hilang tanpa disangka?

Ketika rezeki datang tanpa disangka, tidak pernah kita bersyukur. Bila rezeki hilang tanpa disangka mula kita merungut dengan takdir Tuhan?
Siapakah kita? Member rezeki atau pun Allah yang member rezeki?

“Aku tidak menghendaki rezki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh” [51:57-58]

Sudah banyak kita belanjakan untuk kepentingan diri sendiri, mulalah belajar untuk belanja di Jalan Allah.

Usahlah berkira jika duit habis kerana dakwah, jika akaun bank kosong kerana dakwah.

Usahlah cemburu memandang orang yang menghabiskan duit untuk baju dan kasut baru, tapi kita habiskan duit dgn tiket bus dan train, juga infaq semasa program.

Abaikan kerenah orang lain kerana kepuasan dan kebahagian kita bukan pada baju dan kasut baru, bukan pada kereta dan phone baru.

Tapi kegembiraan dan kebahagian kita pada majunya dakwah ini. Puasnya kita bila makin ramai orang mengenal dakwah ini. Keseronokan kita apabila mutarobbi kita semakin mengenal dan mengamal dakwah ini.


“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [2:261]

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” [9:111]

Itulah beza kita dan mereka.

Dakwah bukan teori tapi amali

Posted in Uncategorized on September 21, 2009 by hawariyyin

Itulah dakwah, bukan sekadar tersimpan rapi dalam buku, fikiran atau lebaran. Seharusnya ia dihidupkan dengan amal. Hari ini, aku terus melihat bukti demi bukti bahawa dakwah ini masih di tahap teori, teori yang sangat semangat dilaungkan sehingga bergema ketika daurah, mabit, tamrin dan mukhayyam. Tetapi amali seolah-olah satu bisikan seorang tua di tengah hiruk pikuk bandar besar. Tidak langsung member kesan kepada masyarakat, bahkan tenggelam dalam arus bandar besar.

Hari ini aku masih berada di dakwah ini, kerana meyakini dakwah ini yang paling tepat secara teorinya. Tetapi hari-hari yang aku lalui, telah meyakinkan aku bahawa jemaah tabligh adalah dakwah paling tepat secara amalinya. Terlalu banyak kehebatan jemaah tabligh, dan terlalu banyak kekurangan jemaah kita.

Di mana ikhwah kita ketika solat jemaah di masjid? Jika saf pertama dipenuhi jemaah tabligh, pasti ikhwah kita berada di saf terakhir kerana masbu’. Jika jemaah tabligh mampu berlapang dada dan ikhlas, ketika itulah ikhwah kita mula berprasangka dan berfikir dunia. Jika jemaah tabligh mampu ber’itikaf di masjid 10 malam terakhir Ramadan, ketika itu ikhwah terus lena di atas katil empuk.

Hari ini aku masih di atas dakwah ini, kerana sudah ada bukti bahawa dakwah ini bukan teori tetapi keduanya, teori dan amali. Tetapi itu bukti dari generasi terdahulu, generasi sebelum kita. Belum ada bukti dari generasi kita di depan mataku, jika ada, masih terlalu sedikit semacam bisikan seorang tua tadi. Moga kita dapat mencedok kebaikan dari sesiapun kerana kebaikan itu sebenar datang dari Allah.

Senja Ramadan

Posted in Uncategorized on September 19, 2009 by hawariyyin

Senja ramadan,
sirnanya cahaya keemasan,
samar di ufuk barat,
kitaran sunnatullah,
akan berakhirnya hari ramadan,
bakal tiba hari seterusnya.

Di satu desa,
tersangat ramai penghuninya,
mereka bersorak gembira,
kerana ramadan sudah senja,
akan berakhir sudah satu sekatan,
akan berakhir sudah satu tahanan,
akan berakhir sudah satu bebanan,
akan muncul semula kebebasan,
mereka lupa dan alpa.

Di satu desa yang lain,
tersangat sedikit penghuninya,
mereka menangis tidak henti,
keran ramadan sudah melambai,
mengucapkan salam perpisahan,
mereka meratapi sekuatnya,
kelemahan bersama ramadan lalu,
pertemuan yang tidak pasti,
mereka terlalu cinta dan rindu.

Di desa ini,
tinggallah aku bersendirian,
terus memerhati penghuni dua desa,
berfikir untuk memilih,
senja ramadan sudah berakhir,
ramadan sudah pergi,
di manakah aku sebenarnya?

(ramadan sudah pergi.. adakah aku ini ‘product’ yang berkesan dalam madrasah tarbiyyah ramadan yang lepas.. terlalu lemah aku di sisi Allah.. ampunkan daku ya Allah.. di mana pula anda menghuni?)

Mungkin Saja Kelemahan atau Alasan

Posted in Uncategorized on September 5, 2009 by hawariyyin

Assalamualaikum..

Sedar atau tidak, sudah 3bulan blog ni tidak terisi, iaitu sepanjang cuti summer.. mungkin satu kelemahan atau alasan?

mungkin saja satu kelemahan kerana sebagai seorang manusia, tidak pernah lari dari kesalahan. tambahan pula, tiada internet access di rumah, klo ade idea nk menulis pun xleh menulis. bile dah ada di CC, idea xdatang, xde mood nk menulis. lagipun, bila ada d CC, terkejar-kejar kerana inbox sudah penuh dgn email.. Di malaysia juga, ada saja aktiviti, klo tidak keluarga, dgn kawan-kawan.

adakah itu satu juga alasan supaya sedap hati? Sahabat nabi adalah generasi contoh dan bukti bahawa dakwah ini tidak semestinya perlu kemudahan, tetapi perlukan kesungguhan.. Asgtaghfirullah..

terlebih dahulu, mohon ampun dari Allah atas kelemahan atau alasan dalam dakwah ini. juga kemaafan kepada yang lain kerana sudah berhabuk blog ini. moga ramadhan ini menjadi waktu dan tempat untukbermunajat mememohon ampun dari Allah atas segala kelemahan ini.

Salam ramadhan juga kepada semua, moga madrasah tarbiyyah ramadhan yang Allah sediakan untuk umat manusia ini digunakan sebaik mungkin untuk bermuhasabah, beribadah dan mengejar taqwa. ramadhan berlalu dgn pantas, tanpa kita sedar ramadhan sudah hampir untuk tinggalkan kita. samada kita ada harapan tahun hadapan? moga saki baki ramadhan yang ada kita gunakan ntuk memohon ampun dari Allah dan menambah baikkan segala ibadah kita amin..

“bukanlah kita mencari sangat hidayah ini, tetapi kita di langgar dengan hidayah ini, Allah dah pilih kita.. tahu-tahu la skit mcm mana nk bersyukr”

itulah ayat salah seorang daie yang ana pernah jmpa.. banyak ana tersentuh dgn ayat ini.. moga ramadhan menjadi tempat kita bersyukur, bukan hanya sekadar bila sudah kenyang berbuka, tapi dipenuhi dgn amal ibadat membersihkan hati dan jiwa sebagai tanda syukur kita yg tidak terhingga kepada Allah..

moga Allah menambah hidayahNya pada kita dalam bulan tarbiyyah ini.. amin ya rab..

salam madrasah tarbiyyah ramadhan..

Lorong

Posted in Uncategorized on May 18, 2009 by hawariyyin

Lorong itu,
Gelap pekat,
Tanpa cahaya,
Tersalah langkah,
Sesat tanpa hidayah.

Lorong ini,
Terang benderang,
Penuh cahaya,
Yakin melangkah,
Bersama hidayah.

(mengapa masih membiarkan jahiliyyah menguasai diri sedangkan engkau yakin bahawa hanya Islam yang mampu memberi kejayaan.. moga hidayah yang dimiliki, dijagai, disirami dibajai dan terus ditakungi, kerana nasib kita pada esok hari adalah belum pasti.. bersama hidayah atau tidak.. astaghfirullah)

Kanak-kanak memang comel

Posted in Uncategorized on May 18, 2009 by hawariyyin

Assalamualaikum..

Dalam musim exam ni, slalu tgk video kanak2 di utube.. bukan ape, saje je nak relax2 ms study break.. 🙂 so, rasa mcm nk kongsilah video ni kt sini..

neway, kanak2 mmg sentiasa cute dan comel..

sebelum tu, ade terjmpa kartun indonesia yg sgt2 best.. bole suggest kat adik2 untuk tgk..

sekadar perkongsian especially yang tension dok study.. 🙂

selamat ber’exam’ dan ber’summer’ buat semua..

wslm

Duhai hati….

Posted in Uncategorized on May 11, 2009 by hawariyyin

Duhai hati….
Sukar benar engkau dikawal,
Sering meronta mahu dilepaskan,
Kadang dapat ditahan,
Tapi selalu engkau hilang pedoman.

Duhai hati….
Terlalu mudah engkau diperdayakan,
Perlahan dan juga diam,
Sedang jasadmu sering baik kelakuan,
Engkau sering diratah dan dibaham.

Duhai hati….
Selalu jasadmu di jalan kebenaran,
Rupanya engkau masih sesat tanpa pedoman,
Mengapa engkau harus begitu,
Bukankah engkau yang lebih utama?

Duhai hati….
Usahlah engkau dijangkiti,
Dengan penyakit bernama riya’,
Dengan virus bernama ujub,
Dengan kanser bernama sum’ah.

Duhai hati….
Ubatilah segara penyakitmu itu,
Dengan zikrullah mengingati Yang Esa,
Dengan doa harapan padaNya,
Dengan ikhlas sebagai jalan keluar.

Duhai hati….
Mahukah engkau membinasakan jasad?
Sedang jasad sujud rebah pada Pencipta,
Bersihkanlah dirimu dari segala penyakit dan jahiliyyah,
Biar yang tinggal hanyalah Tuhan..

(sesungguhnya amal yang paling utama adalah amal hati.. )

All-out..

Posted in Uncategorized on April 30, 2009 by hawariyyin

Bila di musim exam ni, ramailah manusia yang akan all-out buat preparation untuk exam..

“alhamdulillah, aku dah buat all-out ni.. study dah, past year paper pun dah, group discussion pun dah.. skrang ni aku nk tawakkal je pada Allah.. dah penat dah, aku dh buat all-out”

inilah yang selalu kita dgr bila dah lepas exam.. alhamdulillah, inilah satu ciri muslim, sentiasa buat yang terbaik dalam setiap perkara yang dilakukan..

tapi jarang kita dgr perkataan begini..

“alhamdulillah, aku dah all-out dah ajak diorang masuk usrah.. blnja makan pun dah, ajak jalan pun dah, lawat umah diorang tiap2 hari pun dah, sume bnde la aku dah buat arini nk ajak diorang masuk usrah.. insyaAllah, belom mase nyer lagi.. tawakkal je la kat Allah, aku dah all-out ajak diorang arini..”

jarang kan?….

yang selalu kita dgr adalah…

“penat betol aku ajak mamat tuh.. byk sgt songeh die, malas aa aku nk ajak die dah.. mcm2 aku dah buat, tp die still xnak lagi.. xpe la, die xnak join usrah, apa aku bole buat.. hidayah kan milik Allah”..

slalu kan kita dgr..

x dinafikan yang hidayah milik Allah, tp betol ke kite all-out nk ajak orang kepada Allah? rasenye xde la se ‘all-out’ kite prepare untuk exam kan?

klo prepare nk exam tu, klo xpaham bace lagi, tny orang lagi, sampai la kita betol2 paham baru la kita puas hati kan? selagi xpaham tuh, selagi tu la kita akan all-out..

nape dakwah xmcm tu? selagi org xikot kita, selagi tu la kita xpuas hati.. kita buat je mcm2 yg bole ajak diorang sama2 masuk halaqah, seperti mana kita try all-out untuk bg kita paham..apa2 cara je la..

hurrmm.. satu lagi, jalan salah tafsir yang study tu xpenting untuk dakwah.. penting.. sgt2 penting.. tp berapa ramai yang fikir camtu sangat kan? yang slalu difikirkan, apa aku nk keje klo fail exam ni? gile uh, nnt kna hanta balik msia kang.. ape nk jawb depan JPA/MARA?petronas??

xpenah plak nk fikir.. ape akan jadi klo orng ni xkenal Allah.. ape aku nk jawab depan Allah nnt? jwb depan sponsor bole kelentong.. klo berani jawab depan Allah yng kita dah all-out untuk dakwah ini.. silakanlah… dgn sponsor takut sgt, dgn Allah??.. jawab sniri la ye..

sama2 muhasabah la yer waktu exam ni..

Katanya..

Posted in Uncategorized on April 28, 2009 by hawariyyin

Katanya cinta Allah,
Tapi terus dijunjungnya nafsu,
Bila susah dicarilah Allah,
Bila senang nafsulah tuhan.

Katanya kasih Nabi,
Tapi hidupnya untuk diri sendiri,
Pening Nabi fikirkan ummat,
Pening dia fikirkan perut.

Katanya percaya Al-quran,
Tapi bacanya jarang sekali,
Amalan apatah lagi,
Seingatnya hanya sebagai jampi.

Katanya mahu ke syurga,
Tapi temannya masih syaitan,
Namanya pun tak baca Quran,
Biarlah kata-katanya jadi harapan.

(mudah bila berkata-kata.. tp bila halangan datang,hilang semua itu.. iman itu bukan sekadar kata-kata tapi lebih kepada amalan.. [8:2-4] )

si bangga

Posted in Uncategorized on April 27, 2009 by hawariyyin

Berlarian ke sini,
Berkejaran ke sana,
Berterbangan ke merata,
Letih, tetapi kosong belaka.

Tampak hebat di dunia,
Disebut namanya di merata,
Walhal di langit dikutuk hina,
Kerana memang dunia dicarinya.

Mungkin bermula kerana Yang Esa,
Namun hujungnya mencari nama,
Rosak punah peluh dan derita,
Yang tinggal untuknya adalah dosa.

Lesap sudah hak Pencipta,
Kerana diberi kepada manusia,
Tinggallah hanya neraka buatnya,
Hak hakiki untuk si bangga.

(astaghfirullah.. terkadang risau, adakah segala amalan ini untuk manusia? ataupun ikhlas kerana Allah SWT? jika kerana Allah, tidak erti bangga, mencari nama, kerana hanya redha dan ganjaran Allah dicari selamanya.. moga semua kader2 dakwah sentiasa memperbaharui niat kerana, rosaklah amalan dan letihnya tika nama dan bangga yang dicari..muhasabah buat semua)