Aku, dakwah dan kasih sayang

Sudah lama aku tidak coretkan sesuatu di sini.. tidak cukup masa?? jika itu alasannya, bererti aku sedang cuba menipu diri sendiri.. banyak yang mahu aku coretkan disini, tapi bila menulis hampir separuh, aku padam semula dan biarkan apa yang aku rasa terus terpendam dalam diri.. aku pun tidak pasti mengapa, yang pasti bila hatiku tidak senang untuk berkongsi, pastiku biarkan saja..

hari ini, biarlah aku mencoret sesuatu di sini.. bukan kerana sudah lama aku tidak menulis, tapi kerana aku rasa hati ini mahu berkongsi..

dakwah itu adalah kasih sayang, inilah antara prinsip yang disampaikan oleh as-syahid hasan albanna dalam risalah dakwatuna (dakwah kita).. ini bukan semata-mata teori assyahid tetapi prinsip yang lahir dari pengamatan yang mendalam terhadap alquran dan sunnah..

kasih sayang.. adalah dakwah, dan dakwah itu adalah kasih sayang.. itulah yang aku fahami dari pengalaman aku yang cetek ini dari medan dakwah yang masih jauh dan panjang di hadapanku..

kasih sayang.. terlalu meluas kefahamannya, tapi apa yang aku cuba sampaikan adalah kasih sayang sesama ikhwah dalam gerombolan dakwah..

kasih sayang.. betul tu, itulah yang kita namakan dan jelmakan sebagai ukhuwwah..

kasih sayang.. mungkin ada yang merasa mudah, tetapi hakikatnya terlalu susah kerana kasih sayang itu bukanlah sekadar di permukaan, tetapi adalah bermula dari dalam..

kasih sayang.. adalah kesan dari kemantapan, keshahihan dan keteguhan iman.. iman harus bermula dari hati, dari rasa rendah diri dan taqwa kepada Allah, barulah tonjolan wujud di permukaan melalui ibadah anggota badan

itulah yang aku katakan, bahawa kasih sayang ini bermula dari dalam, dari hati yang dalam.. bukan sekadar tonjolan perbuatan, walaupun tidak aku nafikan iman dan kasih sayang itu harus wujud di alam perbuatan..

tetapi apalah gunanya perbuatan jika hati itu tiada kasih sayang..

di alam nampak ini, dialah paling berkasih sayang.. tetapi hatinya penuh dengan segala penyakit.. hasad dengki, buruk sangka, tidak berlapang dada, benci, dendam.. semua ini wujud dalam gerombolan dakwah ini, percayalah..

lalu dirinya rosak perlahan-lahan, walaupun luarannya nampak baik dan cantik.. cuma menunggu hari untuk penyakit menjadi kronik sehingga rosak keduanya, dalaman dan luaran..

seperti buah mangga yang buruk dan di makan ulat dari dalam.. tampak di luaran, kulitnya begitu cantik, kuning kehijauan, menjadi tarikan segala makhluk.. tapi mangga itu hanya menunggu hari, perlahan rosak dimakan ulat dari dalam sehingga tiba satu hari.. mangga itu sudah lemah, tidak berdaya tahan lagi, lalu gugurlah ke bumi.. ketika itu, sedarlah makhluk lain bahawa mangga itu tidak berguna dan hanya akan menjadi sampah kepada dunia..

ya ikhwah, memang wujud penyakit ini.. mungkin tidak pada semua, hanya pada seorang ikhwah, tetapi sudah cukup penyakit hati untuk merebak dan merosakkan anda..

seekor ulat sudah cukup untuk merosakkan mangga tersebut, sekelumit perasaan hasad, buruk sangka dan dendam pada seorang akh lain sudah cukup membahawa padah pada anda.. anda akan rosak dan menjadi sampah kepada dunia..

apa yang aku takutkan lagi adalah bila mana terbukanya segala penyakit dan keburukkan dalam hati itu.. perasaan malu akan bertandang bersama nyanyian-nyanyian syaitan yang mendesak anda menjauhi gerombolan dakwah ini, sedikit demi sedikit anda lari menjauhi jalan yang pernah anda katakan satu-satunya jalan anda untuk ke syurga..

perasaan malu itulah adalah satu kefitrahan kepada manusia, tetapi malu itu harus disambut dengan muhasabah dan kembalinya kepada keaslian jalan ini, bertaubat dan membersihkan diri..

kasih sayang.. besar implikasinya pada perjalanan hidup seorang daie dalam mengharungi badai dan samudera fitrah jalan ini.. tetapi ini memerlukan kepada kefahaman dan kesejahteraan iman serta doa kepada Allah SWT, kuasa yang memegang hati sekelian manusia..

kasih sayang.. bekalan besar untuk thabat di atas jalan yang mulia ini, selain bergantung kepada doa dan hidayah dari Allah..

jarang aku menulis sepanjang ini, moga aku yang menulis ini lebih dahulu bermuhasabah, munajat taubat dari Allah, doa dan kuatnya bertawakkal.. moga aku juga dijauhi dari fitnah hilang kasih sayang dari dakwah ini.. juga dijauhkan dari rasa tidak ikhlas..

aku inginkan quote kata-kata ahmad rasyid dalam bukunya awaiq, tapi aku tidak jumpa.. tetapi mafhumnya sebegini;

“gugurnya ramai kader-kader dakwah bukan kerana sebab-sebab lain seperti yang kita fikirkan, tetapi kerana jahat dan kejamnya mulut manusia yang juga berada dalam gerombolan dakwah itu”

jahatnya mulut kerana rosaknya hati, tiadanya kasih sayang..

moga beroleh pengajaran..

-aku yang masih merasa tidak tenang seperti ada kesalahan yang telah aku lakukan tetapi tidak aku sedari-

5 Responses to “Aku, dakwah dan kasih sayang”

  1. kedu ak bc tulisan hang..jgn hang limitkan kasih sayang tuh, kena terus beri..

  2. hawariyyin Says:

    si sopan…

    insyaAllah.. tq baca tulisan aku teruk ni…

    hang pa cerita la ni?

  3. abdul muhaimin ali Says:

    masyallah, really started to question myself now!!!

  4. hawariyyin Says:

    jzkk muhaimin..

  5. menjadi peringatan juga buat para akhwat..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: