Duhai hati….

Duhai hati….
Sukar benar engkau dikawal,
Sering meronta mahu dilepaskan,
Kadang dapat ditahan,
Tapi selalu engkau hilang pedoman.

Duhai hati….
Terlalu mudah engkau diperdayakan,
Perlahan dan juga diam,
Sedang jasadmu sering baik kelakuan,
Engkau sering diratah dan dibaham.

Duhai hati….
Selalu jasadmu di jalan kebenaran,
Rupanya engkau masih sesat tanpa pedoman,
Mengapa engkau harus begitu,
Bukankah engkau yang lebih utama?

Duhai hati….
Usahlah engkau dijangkiti,
Dengan penyakit bernama riya’,
Dengan virus bernama ujub,
Dengan kanser bernama sum’ah.

Duhai hati….
Ubatilah segara penyakitmu itu,
Dengan zikrullah mengingati Yang Esa,
Dengan doa harapan padaNya,
Dengan ikhlas sebagai jalan keluar.

Duhai hati….
Mahukah engkau membinasakan jasad?
Sedang jasad sujud rebah pada Pencipta,
Bersihkanlah dirimu dari segala penyakit dan jahiliyyah,
Biar yang tinggal hanyalah Tuhan..

(sesungguhnya amal yang paling utama adalah amal hati.. )

7 Responses to “Duhai hati….”

  1. akuinginkesyurga Says:

    salam..
    begitulah manusia..
    memang susah nak jaga hati..
    usaha itu penting..
    kalo xmmg binasa terus hati itu..
    jom berubah..
    nk tanye sum’ah tue ape..
    saya budak baru belajar..

  2. assalamualaikum..
    sungguh berpuitis.. hati… satu anugerah yang x terhingga.. tp sukar memeliharanya.. all the best for the exam..🙂

  3. salam…
    akhi, mmg hati ni, suka mempersoalkan dan menginginkan sesuatu…
    dek dilihat segala “dunia” di sekitarnya…
    bagaimanakah nak bg hati ni nampak “akhirat” itu…

    bittaufiq wannajah… ^_^

  4. hawariyyin Says:

    salam..

    akuinginkesyurga,

    sum’ah tu adik beradik riya’ la.. mcm buat sesuatu untuk orang puji.. harap mbantu..

    wal,

    puitis? xdelah.. main hentam je tuh.. jzkk, all d best jugak..

    saif shah,

    bagaimana ye? dgn mujahadah dan meninggalkan jahiliyyah sepenuhnya, kerana hati yang kotor dan sibuk dgn jahiliyyah tidak akan sibuk mengingati Allah..

    hrp membantu..

    neway, jzkk pd sume yg jenguk kt sini..

    wslm

  5. hadzhamdan Says:

    wah..sangat ada betulnya! Selalu nak kawal hati itu..lebih susah nak kawal jasadnnya. Yang ‘tak nampak’ itu..selalu je meronta danminta dilepaskan.ish2..

    Jazakalllah for the entry. Moga sama2 dijauhi dari penyakit hati..ameen..

  6. hawariyyin Says:

    salam..

    waiyyak hadzhamdan… jzkk too sbb lawat blog ni..

    wslm

  7. Salam ziarah
    Ziarah hati untuk hati

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: