si bangga

Berlarian ke sini,
Berkejaran ke sana,
Berterbangan ke merata,
Letih, tetapi kosong belaka.

Tampak hebat di dunia,
Disebut namanya di merata,
Walhal di langit dikutuk hina,
Kerana memang dunia dicarinya.

Mungkin bermula kerana Yang Esa,
Namun hujungnya mencari nama,
Rosak punah peluh dan derita,
Yang tinggal untuknya adalah dosa.

Lesap sudah hak Pencipta,
Kerana diberi kepada manusia,
Tinggallah hanya neraka buatnya,
Hak hakiki untuk si bangga.

(astaghfirullah.. terkadang risau, adakah segala amalan ini untuk manusia? ataupun ikhlas kerana Allah SWT? jika kerana Allah, tidak erti bangga, mencari nama, kerana hanya redha dan ganjaran Allah dicari selamanya.. moga semua kader2 dakwah sentiasa memperbaharui niat kerana, rosaklah amalan dan letihnya tika nama dan bangga yang dicari..muhasabah buat semua)

5 Responses to “si bangga”

  1. akuinginkesyurga Says:

    nauzubillah..
    terima kasih atas peringatan ini..
    tanpa kita sedari..
    kadang2 terdetik juga perasaan bangga dalam diri..
    semoga kita sentiasa ikhlaskan diri..
    inshaAllah..
    bagus2 tulisan yang bagus bangat

  2. hawariyyin Says:

    akuinginkesyurga,

    moga kita terlepas dari golo yg tidak ikhlas bekerja..

  3. astaghfirullah…

    insyaAllah, jazakallah akhi…
    fikir2, mmg mudah sgt niat ini untuk berubah2…
    smg diperteguhkan hati2 ini…

    Diri ini,
    mudah rebah,
    mudah goyah,
    diserbu habuan yg fana,
    kuatkan dan teguhkan Ya Robbi,
    dgn ukhwah kami keranaMU…

  4. jersi ori Says:

    salam boh..
    makin mantop demo nih=)
    mcm mana nok buat eh kalu perasaan tu dtg tnpa diminta ie bangga???
    kdg2 terasa jgk jadi mcm tu, susoh nk elak boh..
    bilo iman kuat sket, istighfar pn cukup dh
    tp bilo iman lemoh smayang pun duk raso banggo
    bagi tips sket boh..

  5. hawariyyin Says:

    salam ..

    epoi,

    jzkk krn sempat jugak jenguk2 blog ni dikali sibuk study untuk exam..

    jersi ori,

    susah jugak sebenarnya, tp insyaAllah, kite cube.. setiap kali kita igt niat dah pesong, solat taubat dan doa kat Allah.. kita lemah boh..

    aritu ade ust ni bg nasihat, klo selalu bangga or besar diri ni.. slalu buat keje yg bg kite teruk eg cuci toilet kt umah setiap 2 hari.. spy lebih rendah diri.. afwan boh, kawan xpandai sgt.. tp klo kawe, setiap kali timbul perasaan tuh, kawe mmg cuba amek wudhu’, solat taubat dan bace quran.. moga bantu demo deh..

    wslm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: