Archive for April 27, 2009

si bangga

Posted in Uncategorized on April 27, 2009 by hawariyyin

Berlarian ke sini,
Berkejaran ke sana,
Berterbangan ke merata,
Letih, tetapi kosong belaka.

Tampak hebat di dunia,
Disebut namanya di merata,
Walhal di langit dikutuk hina,
Kerana memang dunia dicarinya.

Mungkin bermula kerana Yang Esa,
Namun hujungnya mencari nama,
Rosak punah peluh dan derita,
Yang tinggal untuknya adalah dosa.

Lesap sudah hak Pencipta,
Kerana diberi kepada manusia,
Tinggallah hanya neraka buatnya,
Hak hakiki untuk si bangga.

(astaghfirullah.. terkadang risau, adakah segala amalan ini untuk manusia? ataupun ikhlas kerana Allah SWT? jika kerana Allah, tidak erti bangga, mencari nama, kerana hanya redha dan ganjaran Allah dicari selamanya.. moga semua kader2 dakwah sentiasa memperbaharui niat kerana, rosaklah amalan dan letihnya tika nama dan bangga yang dicari..muhasabah buat semua)

Advertisements