Formula Mengubah Dunia

Jika Einstein berjaya menemui nuclear yang diakui dunia hebat kuasa dan impaknya satu ketika dahulu. Namun, dunia umumnya dan orang islam khususnya dalam tidak sedar telah melupai kuasa paling hebat di dunia ini, kuasa iman dan takwa. Sejarah panjang golongan Assabiqun Alawwalun seharusnya mampu menjadi bukti atas kebenaran ini.

Bulan mac merupakan tahun kelima ulang tahun kesyahidan As-Syahid Ahmad Yasin, seorang yang cacat, berkerusi roda, mengidap pelbagai penyakit, hanya seorang guru sekolah, miskin, rabun dan segala macam kekurangan yang ada pada manusia normal seperti kita.

Jadi, benarlah kata-kata masyhur Umar Al-Khattab;

“Kami adalah kaum dimuliakan kerana Islam dan barangsiapa mencari kemulian selain Islam, pasti Allah akan menghinanya”

Jika dilihat dari logika manusia, sudah pasti, tidak ada apa yang mampu dilakukan oleh si cacat ini. Namun, si cacat inilah juga yang telah berjaya menggerunkan dunia. Menggerunkan Amerika, pemegang tamadun dunia di abad 21 ini. Menggerunkan Israel, pencorak kepada perjalanan dunia abad 21. Menggerunkan sekutu-sekutu US dan Isreal, seperti UK, France dan lain-lain negara.

Kesyahidan si cacat ini, tidak langsung menjadi titik kelemahan kepada HAMAS , sebaliknya HAMAS terus utuh di hati rakyat palestin dan rakyat dunia. Kesan yang diberi oleh si cacat ini masih di rasai sehingga ke hari ini.

Hebatkan kekuatan ini? Berbekalkan hanya kekuatan iman ini sahaja,As-syahid berjaya mengalahkan US dan Israel, atau dengan kata lain berjaya mengalahkan dunia. Kekuatan mana lebih hebat? Nuclear atau iman? Perlawanan antara individu dan dunia, tapi kemenangan berpihak kepada individu. Anda fikir sendir, mana yang lebih hebat.

Malulah anda pada diri sendiri, kita manusia yang Allah telah beri segala kelebihan, tapi tidak mampu mengubah diri sendiri, apatah lagi mengubah dunia seperti yang as-syahid lakukan. Malu.

Kekuatan yang ada pada As-syahid bukanlah terbit begitu sahaja,seperti satu kitaran ala mini. Tetapi “potential energy” yang ada dalam diri setiap manusia ini telah digilap dengan tarbiyyah menggunakan manhaj yang telah ditinggalkan oleh baginda SAW. Sehinggakan “potential energy” yang ada dalam diri as-syahid telah berjaya di “amplify” dan dikeluarkan dalam bilangan yang banyak dan berterusan. Inilah ramuan kepada kehebatan tenaga ini. Tenaga yang terbit atas desakan iman

“Dialah yang mengutuskan rasul yang buta huruf dari kalangan kamu, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatNya, dan yang membersihkan jiwa-jiwa mereka, dan yang mengajarkan mereka Kitab dan Hikmah (sunnah), sesungguhnya kamu sebelum ini berada dalam kesesatan yang nyata” (62:2)

Inilah formula kehebatan manusia sejak dari dahulu lagi, tarbiyyah. Umar Al-khattab juga telah di “transform” menggunakan formula ini. Jika sebelum islam, seorang yang tiada misi dan tujuan hidup. Tetapi islam datang mengangkat martabat Umar sehingga menjadi khalifah kepada dunia Islam yang menawan Rom dan Parsi. Banyak lagi sahabat yang hebat lahir dari formula tarbiyyah ini.

“potential energy” + tarbiyyah —-> iman + “amplified energy”

Manakah formula yang lebih hebat? Einstein atau formula tarbiyyah ini? fikirlah sendiri..

4 Responses to “Formula Mengubah Dunia”

  1. salam….
    sudah pasti formula tarbiyah itu lebih hebat….
    terlebih hebat lg sekiranya dpt mentarbiyah orang sehebat Einstein…

    “Manusia itu ibarat logam,mereka-mereka yg hebat semasa jahiliah mereka juga hebat semasa Islam dengan syarat dia faham Islam” (Rwyt Bukhari & Muslim) ^_^

  2. hawariyyin Says:

    wslm

    tq epoi.. btol2.. nape la xde org nk approach einstein kan?

    salam

  3. akuinginkesyurga Says:

    jazakallah akhi derigh…
    sangat bermanfaat tulisan akhi..
    sama2lah kita mengambil pengajaran..
    terutama diri ini..
    yang seringkali leka dan lalai…
    semoga perjuangan ini sentiasa mendapat redha Ilahi

  4. hawariyyin Says:

    jzkk si akuinginkesyurga..

    yang baik bermanfaat buat org beriman, biarpun ia dtg dr org yahudi dan nasroni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: