Rabbanikah kita?

Mengapa susah benar untuk orang percaya kepada dakwah ini? Sedangkan kita meyakini bahawa manhaj ini merupakan yang terbaik untuk manusia. Sesuai dengan fitrah manusia. Mengapa manusia sukar menerima fitrah ini? Adakah ada kelemahan pada manhaj ini? Mustahil.

“Celupan Allah, Siapakah yang lebih baik celupannya melainkan Allah? dan kepadaNya kami menyembah” (2:138)

Sesungguhnya, manhaj ini adalah manhaj yang bersifat rabbani, kerana apa yang telah kita amalkan dan dakwahi datangnya dari Allah s.w.t.

“.. Aku hanya mengikuti apa yang diwahyukan kepadaku..” (6:50)

Malahan, sifat Islam itu sendiri adalah sejahtera. Sangat tepat dengan sifat Tuhan Rabbul ‘Alamin yang Maha Penyanyang, Maha Pengasih dan Maha Pengampun.

“Masuklah kamu ke dalam ‘kesejahteraan’ secara keseluruhannya, janganlah kamu mengikut jejak syaitan, sungguh dia (syaitan) adalah musuh kamu yang nyata” (2:208)

Sehingga mustahil untuk kita mencari kecacatan pada manhaj ini apabila Nabi SAW diangkat semula berjumpa dengan kekasihnya.

“Hari ini, telah aku sempurnakan ‘deen’ kamu, dan telah aku sempurnak nikmat ke atas kamu dan aku redha Islam menjadi agama kamu..” (5:3)

Jadi di mana salahnya? Mengapa dakwah ini begitu sukar untuk di terima manusia? Jika tiada kelemahan pada manhajnya, sudah pasti ada kelemahan pada pembawa manhaj ini sehingga manusia sukar untuk menerima dakwah ini. Walaupun, apa yang di ajak memberi kebaikan.

“Tidak mungkin bg seseorang yang diberi kitab oleh Allah, hikmah dan kenabian, kemudian dia berkata ‘jadilah penyembah aku’, sebaliknya ‘jadilah kamu rabbani’ kerana kamu mengajar kitab dan mempelajarinya” (3:79)

Mungkin di sinilah salah kita semua, manusia-manusia yang mengaku sebagai pendakwah. Setelah diseru kepada dakwah, kita tidak mampu menjadi hamba yang ‘rabbani’, apatah lagi daie yang ‘rabbani’. Inilah penyebab kepada ketidaksuburan dakwah ini, apabila ‘assolah’(keaslian) dakwah tidak dapat dikekalkan oleh para duat.

Mana mungkin sesuatu yang bersih, jika dibawa oleh seorang yang kotor, natijahnya tetap akan menjadi bersih. Samalah kepada dakwah ini. Asas kepada dakwah ini adalah ‘rabbani’, risalah dan rijalnya. Inilah asas kepada kesuburan dakwah ini.

Sejarah panjang para sahabat dan salafussoleh telah membuktikan kebenaran ini. Lihat sajalah kepada sahabat baginda, Bilal bin Rabah, seorang hamba yang berkulit hitam. Rab’iy bin Amir, seorang badwi yang menjadi utusan nabi ke Parsi. Keduanya tidak memerlukan segulung ijazah mahupun pelajaran yang tinggi untuk mengajak manusia kepada agama ini. Tetapi berjaya mengajak ramai manusia sujud kepada Ilahi. Ramai manusia yang terkesan dengan dakwah mereka.

Tetapi daie hari ini, bukan sekadar mempunyai segulung ijazah, malahan segala kemudahan untuk berdakwah. Namun sedikit benar manusia yang terkesan akan dakwah ini. Mengapa ini berlaku?

Kerana daie hari ini, jiwanya jauh dari Allah, solat tahajjud hanya sebulan sekali, tilawahnya hanya 2 3 muka sehari, solat sunat hanya bila perlu, zikir tidak lagi menjadi kebiasaan kepada dan lidah dan bibir, solat jemaah bukan lagi keutamaan dan istighfar memohon keampunan jarang kedengaran. Hinggakan pertolongan Allah buat mereka teramat jauh, setiap perkataan yang mereka dakwahi bukanlah terbit dari hati yang dekat dengan Ilahi dan setiap perbuatan dakwah mereka bukanlah terbit atas desakan iman di hati.

Bukanlah aku ingin katakan ijazah itu tidak penting, tetapi mengingatkan para daie supaya tidak berlepas tangan kepada perkara yang teramat penting di dalam dakwah ini.

Inilah ‘assolah’ dakwah yang telah ditinggal daie masa kini. Sedangkan inilah ‘priority’ sahabat-sahabat baginda dalam mereka berdakwah,rahib di malam hari. Mengapakah harus kita tinggalkan semua ini.

Sudah cukup ‘rabbani’ kah wahai daie? Bilalah Islam akan menang jika daie terus begini..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: