Hikmah Yang Hilang

Sudah lama aku teragak-agak hendak menulis perkara ini, terkadang terfikir adakah perlu, atau terlalu remeh.. tapi naluri hatiku hari ini mengatakan aku perlu..

Berada di oversea banyak mengajar aku tentang banyak nilai kehidupan manusia, yang sepatutnya dipupuk, dididik dan dijelmakan dalam kehidupan harian manusia2 yang menggelarkan diri mereka sebagai muslim. Tetapi, aku melihat perkara ini tidak berlaku, agama yang sepatutnya berjaya mendidik hati-hati manusia, seolah-olah telah dihukum oleh penganutnya sehingga mereka yang menganuti agama ini hampir sama sekali hilang nilai2 yang patut ada pada seorang manusia.

Sebaliknya, nilai2 ini sudah menjadi sebati dengan mereka yang tidak menganuti agama ini. Hinggakan agama yang benar ini, seakan-akan hilang kebenaran dan kehebatannya. Tidak perlu aku berikan contoh, kalian semua pasti pernah berurusan di kaunter, senyum, ucapan terima kasih, bahasa yang sopan tidak pernah lekang.. Bagi yang pernah drive, sudah pasti berbeza memandu di Malaysia dan di UK, penuh tolak ansur dan bertimbang rasa.. Banyak lagi contoh yang aku mampu berikan, tetapi biarlah pengalaman kalian menjadi bukti kepada penulisan ini..

Mungkin hal ini remeh, tetapi aku melihat hal sebesar-besar perkara apabila da’ie2 yang sedang berkerja keras di atas jalan dakwah juga meninggalkan nilai2 manusia ini. Entahlah, mungkin mereka terlupa, atau mereka memandang remeh perkara2 ini. Biarlah aku berbaik sangka, mungkin mereka semua lupa.

Inilah pancaran iman, iaitu akhlak, yang sepatutnya menjadi kekuatan kepada da’ie2 di jalan ini. Sirah baginda banyak menjadi bukti bahawa kemenangan dakwah rasulullah SAW betitik tolak dari akhlak baginda. Berapa banyak golongan musyrikin yang menyerah diri atas kelembutan dan kehebatan akhlak baginda. Mana mungkin masyarakat islam di Mekah, begitu kuat dan erat memegang islam selama 13tahun jika akhlak baginda seperti kita. Ketulusan dan kehebatan akhlak baginda menjadi saksi kebenaran agama ini, sehingga sahabat2 di Mekah mampu menahan segala mehnah dan tribulasi selama 13 tahun. Hinggakan akhlak baginda di rakam di dalam alquran sebagai akhlak yang agung.

“ dan sesungguhnya, pada kamu (Muhammad) terdapat akhlak yang sangat agung” – alquran.

Aku menyeru kepada semua da’ie2 di jalan ini supaya kita semua membaja semula iman kita, kerana akhlak ini adalah pancaran iman, bukan sesuatu yang bole dibuat-buat dan direka-reka. Ia lahir secara semulajadi hasil kekuatan iman dan taqwa. Bersama kita tarbiyyah jiwa, hingga membuah iman dan amal. Semoga jalan dakwah kita akan lebih bermakna dengan perhiasan akhlak yang mulia. Kerana kita sudah ada contoh yang paling mulia, SAW.

Bukannya susah dan perlu dibayar untuk bermanis muka, berbudi bahasa dan mengucap terima kasih sebagai penghargaan dari kita, tetapi kesannya mungkin sangat mendalam kepada mad’u2 kita. Ingatlah, dakwah kita adalah menyentuh hati. Moga akhlak kita mampu menyentuh hati2 manusia untuk lebih dekat kepada Maha Pencipta..

Moga kita dibalas setimpal oleh Allah atas usaha dan niat kita.. wallahualam..

10 Responses to “Hikmah Yang Hilang”

  1. tariq ziyad Says:

    sekali baca mcm setaraf tulisan dr maza. ayat penuh makna..teruskan menulis bro! salam dari manjister

  2. hanyaALLAHsajaygtahu Says:

    betul
    kadangkala kita lupa tentang akhlak kita
    kita leka dengan dunia
    tanpa kita sedar mungkin ada yang terasa
    terasa dengan perilaku kita
    yang sentiasa lupa
    lupa kepada perkara yang mampu merubah manusia
    ucapan manis,senyuman,dan sebagainya…
    marilah kita menilai semula kedudukan akhlak kita

  3. rakan dublin Says:

    salam

    stuju dgn apa yg saudara/i (maaf sbb xtau siapa empunya blog ni) katakan. kadangkala kita memandang hal2 yg kita sangkakan remeh padahal pada mata insan2 di luar sana, mungkin ianya sgt besar. Keterlupaan kita kadangkala menjadi fitnah yg tak kita sangka2 dan menyukarkan perjuangan yg kita cuba gerakkan. Jangan sangka akhlak itu remeh dan hanya memandang akan pengisian yg cuba kita bawakan kerana dari akhlak yg kita tonjolkan boleh membuatkan seseorang itu mudah mengikuti ataupun menjauhi pengisian yg cuba kita ketengahkan.
    Salam tahun baru. wassalam

  4. hikmahberhikmah Says:

    salam’alayk akh…

    mmg tepat skali, akhlak memainkan peranan pentng dalam meneruskan usaha dakwah yang berhikmah… Nabi Muhammad SAW sendiri melakukan dakwah nya dengan berhikmah dengan menunjukkan akhlak yang baik sehingga meruntun dan menggoncang hati2 penduduk arab ketika itu…

    adakah kita lupa?? smg peringatan demi peringatan membangkitkan kesedaran… insyaallah..

  5. almuhandisi Says:

    wallahi,,sodaqta!!

    tersangatlah benar. ‘Perkara kecil’ yang besar tetapi selalu dilupakan. Terlampau melihat jauh kedepan hingga tercicir benda kecil yang sepatutnya sudah ada dalam genggaman.

    sesungguhnya peringatan itu sangat berguna bagi orng2 yag beriman

    p/s: salam rindu dari bekas pemandu kama sundus kepada ‘encik tom tom’ kama sundus dan rakan-rakannya!

  6. jersi ori Says:

    haih, jadi srupo blog dulu plk la ni boh;)

  7. hawariyyin Says:

    salam..

    jzkk kpd yg comment..

    teriangat zaman aktif yg telah membentuk kite arini akram… sweet..

    jersi ori, saba ler, org tgh exam.. haha.. insyaAllah, akan slalu update lps ni..

    wslm

  8. salam ziarah,
    tulisan yang baik,
    terkena di hati,
    dicerna di minda,
    dipraktik setiap hari,

    selamat beramal,
    semoga bermanfaat.

  9. hawariyyin Says:

    kpd ibnutoha..

    selamat datang.. moga ikhlas dan thabat..🙂

  10. salam..
    saya ada seorg sahabat yg berpegang prinsip untuk sentiasa berterus terang dan tidak hipokrit. tpi, kdg2 ia tidak bertempat sehingga kate2 nye terlalu tajam dlm teguran dan sehingga membuat hati ini sgt pedih.. ada juga shbt lain yg sehingga menitiskn air mata kerana kate2 nya yg tidak mnjaga hti.. sedgkan dia mnjage batas2 perkare2 lain.. ini kerana, dia merasakan kata2 dia benar dan prinsip berterus terang nya itu adalah yg terbaik… jadi, bgaimna cara nk tegur beliau tanpa membuat hatinya terasa, walaupun, dia tidak mnjga hati sahbat tetapi sy tetp tidak mhu menyinggungnya… kerana, sy ingin mnjge persahabatan kerana Allah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: