Degupan dan nadi ini…

Posted in Uncategorized on November 7, 2009 by hawariyyin

Degupan jantung dan nadi ini,
Hanyalah untuk bersama dakwah,
Jika tiba suatu masa nanti,
Degupan dan nadi ini terhenti mati,
Maka berakhirlah perjuangan dakwahku,
Bersama sekujur tubuhku yang kaku.

(ya Allah jadikanlah aku dan mutarobbi aku seorang daie yang tajarrud kepada dakwah ini.. peningkan kepala kami dengan dakwah ini, sibukkan masa kami dengan dakwah ini, miskinkan kami dengan dakwah ini, zuhudkan kami dengan dakwah ini, matikan kami dalam hembusan nafas terakhir dakwah ini.. hati ini sentiasa risau… risau.. risau.. risau segalanya.. permudahkan kami ya Allah.. amin..)

-bukan mudah menjadi murobbi-

Kisah cinta dunia

Posted in Uncategorized on November 2, 2009 by hawariyyin

Tergerak hatiku untuk aku berkongsi pengalaman ini..

Semalam, di Dublin airport, ketika aku baru ja pulang dari 1 daurah. Aku terasa sangat lapar sbb dah kol 3ptg, tp belum lunch, cume sempat breakfast ms daurah.. duit euro plak xdak.. jadi gi la withdraw skit..

Masa nk kluarkan duit tuh, terfikir la yang JPA baru jek masukkan duit dalam 1minggu lepas untuk 3bulan.. tapi dah hampir suku dah abis.. masa tu mula la terfikir pasal duit.. dlu aku ada planning nk kumpul duit sume ni masa oversea.. duit mula masuk dalam hati.. dok fikir klo dah abis suku, alamatnya berhutang lagi kt ikhwah lain lps 2bulan, bila nk menyimpan ni.. mula la fikir pasal nk saving utk diri sendiri..

Masa atas bus ke Belfast.. amek la buku himpunan kisah sahabat ni.. baca la kisah mengenai seorang sahabat bernama Sa’id bin ‘Amir al-Jumahiy.. aku rinkas ceritanya di sini :

Tidak berpa lama selepas Sa’id dilantik menjadi gabenor Hims, Umar r.a telah dikunjungi oleh rombongan penduduk Hims. Mereka adalah kalangan orang yang di percayai di Hims. Maka Umar mengarahkan mereka : “tuliskan nama fakir miskin di Hims agar saya dapat membantu mereka”

Setelah selesai, nama diserah.. si poand bin si polan.. Sa’id bin ‘Amir.

Umar tersentak: “Siapa Sa’id bin ‘Amir?”

“Gabenor kami”, jwb mereka serentak

“Gabenor kamu miskin?!!!” tanya Umar

Jawab meraka: “Benar, demi Allah, dapurnya tidak berasapa beberapa hari”

Umar menangis hingga basah janggutnya. Kemudian dia memasukan 1000 dinar ke dalam uncang untuk diserahkan kpd Sa’id bin ‘Amir.
Setelah sampai Hims, uncang tersebut telah diserahkan oleh rombongan tersebut.
Apabila melihat isi uncang tersebut, Sa’id terus berkata : “ Demi Allah, kepadanya tempat kita akan pulang”

Gelagatnya bagaikan berlaku bencana dan malapetaka yang besar.

Isterinya terus bertanya: “apahlah yg telah blaku..?? adakaha Amirul mukminin meninggal dunia..??

“lebih menduka citakan dari itu.. “ jawab Sa’id

“apa bencana yang lebih dahsyat dari itu? “ tny isterinya kebinggungan..

“Dunia telah masuk kedalam kehidupan saya bagi merosakkan akhirat saya. Dugaan dan bencana besar telah berlaku dalam rumah saya” jawab sa’id sedih.

“Adakah kamu bole menbantu saya??” tanya Sa’id.

“bole”. Jawab isteri Sa’id

Lalu Sa’id memasukkan duit tersebut kepada beberapa uncang . kemudian duit itu diagihkan kepada beberapa fakir miskin di Hims.

Tanpa aku sedari air mata mengalir. Masih sempat aku berfikir sedemikian sedangkan akulah seorang daie.. entah bila kemenangan untuk islam akan sampai jika aku sniri masih dengan terikat dengan dunia ini.. apalah aku ini??

Syukur aku pada Allah, kerana secara direct menegur aku.. engkau masih sayang hambamu ini.. aku mencoret ini spy semua di luar sana tidak menjadi daie plastic seperti aku yang terlalu cintakan keduniaan ini..

di mana mahu aku letakkan muka aku ketika bertemu Allah di masyhar atas kesalahan aku itu.. moga Allah masih sudi bersua muka dengan aku walaupun dunia sudah melekat di hati ini..

Sama-sama jika muhasabah hati kita..

wslm

Taubatlah

Posted in Uncategorized on October 22, 2009 by hawariyyin

Taubatlah wahai daie
Kerana engkau adalah pengantara,
Manusia dan tuhan.

Taubatlah wahai daie,
Kerana engkau adalah penyampai,
Kitab Allah yang menunjukkan.

Taubatlah wahai daie,
Kerana engkau adalah pembawa,
Aqidah islam yang membersihkan.

Taubatlah wahai daie,
Kerana engkau adalah penentang,
Kebatilan jahiliyyah yang menyesatkan.

Taubatlah wahai daie,
Kerana hatimu kotor dan dosa,
Hingga tertutup hati manusia.

Taubatlah wahai daie,
Kerana engkau tidak berdaya,
Setitik hidayah pun kepada manusia.

(malam ini aku diuji lagi, dan lagi, dan lagi.. pasti ujian ini akan terus aku terima.. ternyata aku gagal, buat sekian kalinya, aku berdosa.. ya Allah, ampunkan aku.. moga kelemahan aku tidak menjadi penyebab kepada hilangnya bantuan Allah pada dakwah ini.. sungguh, akulah pemegang penjuru yang paling lemah dalam gerombolan dakwah ini.. adakah pintu taubat masih terbuka? Buat diriku yang penuh dosa ini?)

Ceritera Dublin kita

Posted in Uncategorized on October 22, 2009 by hawariyyin

Pengalaman yang indah.. tidak mampu ditafsir oleh kata-kata indah, kerana ianya adalah perasaan yang indah..

terima kasih wahai teman..

jmpa lagi dalam trip yang akan datang..

wslm..

Hati ini yang berdosa

Posted in Uncategorized on October 19, 2009 by hawariyyin

wahai pemilik hati,
sedarkah engkau?
hatimu kini kian meronta,
katanya sudah lama hatimu kering,
tiada lagi basahan zikrullah,
jarang-jarang sekali tadabbur tilawah,
hilangnya munajat taubat,
katanya diri semakin tenat,
adakah kau sedar?
sejak bila hatimu menjadi kering?
jangan engkau terkejut,
sejak engaku mula ghairah,
ghairah di atas jalan dakwah,
engkau terlalu sibuk,
hinggakan hatimu kini terlalu sakit,
nasib baik katanya masih belum terlambat.

Wahai pemilik hati,
masih engkau bertanya pada hatimu?
adakah ia masih ikhlas?
seikhlas hari yang pertama,
ketika engkau menapak di jalan ini,
ataupun engkau keliru?
ataupun telah ditipu?
antara ikhlas dan syirik,
sejak orang mula memuji,
sejak orang mula menyebut,
engkaulah yang paling hebat,
engkaulah yang paling ligat,
hinggakan hatimu kini terlalu mengharap,
pada pujian dan kemahsyuran,
nasib baik katanya masih belum terlambat.

wahai pemilik hati yang berdosa,
kini engkau semakin banyak cakap,
hingga hatimu menjadi tenat,
terlalu tenat,
engkau sekarang harus mencari penawar,
hisablah diri,
jangan biarkan hatimu terus menjadi gelap,
sediakan masa dalam hari-harimu,
untuk bertaubat dan bermunajat,
kurangi masa tidurmu untuk berkhalwat.
hisablah dirimu sekarang,
jangan sampai hatimu berkata,
engkau sudah terlambat..

(hati ini sentiasa diuji, takutnya aku pada ujian ini, ujian hati yang aku rasakan lebih berat dari ujian masa, harta, duit, letih dan segala.. bantulah aku ya Allah.. bantulah aku ya Allah.. bantulah aku ya Allah.. amin..)

Winter Retreat 2009 – What’s Next?

Posted in Uncategorized on October 6, 2009 by hawariyyin

Winter Retreat 2009 - What's Next

Jumpa nanti!

Masihkah kau ingat

Posted in Uncategorized on September 25, 2009 by hawariyyin

Masihkah kau ingat
Pada waktu itu sekuntum bunga mekar
Kuselit ke rambutmu

Masihkah kau ingat
Ia menjadi mimpi dan menjadi rindu
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
kita berlari-lari di kaki langit mencari pelangi
lalu hujan turun kita basah bersama

Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat
sekuntum bunga itu
Ditapak tangan ini
Ia menjadi layu
Lalu kugengam ia menjadi debu
Masihkah kau ingat
Masihkah kau ingat

Masihkah kau ingat(8x)

by kopratasa

(merindui teman-teman seperjuangan.. sudah lama kita tidak bersua muka.. yang hanya aku terima adalah berita kalian, adanya datang dari kalian sendiri, biasanya itu masih bicaranya bahasa dakwah.. ada kalanya berita kalian, aku terima dari mulut orang lain, biasanya itu tidak baik baikku kerana kalian sudah meninggalkan bicara kita dahulu..moga Allah mengurniakan aku thabat untuk terus menggenggam nikmat dakwah yang tidak ternilai ini..)

Jangan mudah tewas

Posted in Uncategorized on September 24, 2009 by hawariyyin

Pernahkan anda mengalami perasaan tidak senang pada seseorang ketika melakukan dakwah? Kadang-kadang kesalahan kesalahan yang dilakukan tidaklah seberapa, tapi kita ‘hyperbola’kan kesalahan tersebut hingga seolah terlalu besar kesalahan itu.

Jangan mudah tewas pada hasutan syaitan kerana kemarahan dan perasaan emosi anda bertindak tidak sepatutnya, sedangkan kesalahannya tersangatlah kecil. Lihatlah pada kebaikan yang pernah dilakukannya. Berlapang dada dalam bergerak secara amal jam’ie.

Setiap orang pasti melakukan kesilapan kerana kita berurusan dengan manusia yang sentiasa bertarung dengan hawa nafsu. Pasti ada saat, dia akan tewas. Begitu juga kita, pasti ada saat yang kita akan tewas. Raikan kelemahan orang lain kerana pasti diri kita juga punya kelemahan. Manfaatkan potensi yang ada pada orang lain agar terus berkembang untuk Islam.

Perasaan tidak senang hati semestinya lahir daripada hasutan syaitan yang sentiasa mahu melihat dakwah ini hancur dan layu. Kita harus bertindak agar rasional dan tidak tewas kepada hasutan syaitan agar dakwah ini terus mara ke depan.

Bersangka baiklah kepada ikhwah lain kerana besar kemungkinan telah banyak sumbangan yang telah dia berikan kepada Islam. Besar kemungkinan juga telah banyak saham akhiratnya di sisi Allah. Dan siapalah kita dalam dakwah ini untuk mempersoalkan kehebatan ikhwah lain. Mungkin kita hanya banyak komentar tapi sedikit benar sumbangan.

Sama-sama kita muhasabah, bangunan dakwah kita terus kukuh dengan jalinan ukhuwwah, husnuzon, mahabbah, kasih sayang, saling memaafkan, berlapang dada, saling mendoakan.. langkah indahnya dakwah ini jika semua ikhwah mampu berperasaan sedemikian..

Jauhi hatimu wahai daie dari ditewaskan oleh hasutan syaitan dan pohonlah perlindungan segera dari tuhan agar terhindar dari fitnah yang memecah belahkan..

Bersegera kepada ampunan

Posted in Uncategorized on September 23, 2009 by hawariyyin

Manusia memang tidak dapat tidak, pasti melakukan kesalahan dan dosa. Itu adalah satu yang pasti. Bukanlah satu kesalahan untuk melakukan kesalahan, tapi satu kesalahan jika tidak disusuli dengan munajat dan memohon ampun serta taubat dari tuhan.

“Setiapa anak Adam (manusia) pasti akan melakukan kesalahan, sebaik-baik yang melakukan kesalahan (dosa) ialah mereka yang bertaubat” -Ahmad dan Tirmizi

Dalam alquran diceritakan sifat orang bertaqwa bukanlah tidak melakukan kesalahan. Tetapi sifat orang bertaqwa adalah mereka bersegera memohon keampuanan dari Allah dari dosa yang telah mereka lakukan.

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa” [3:133]

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui” [3:135]

Dalam alquran juga Allah sering memuji dan suka pada mereka yang melakukan kebaikan dan juga kepada mereka yang bertaubat. Keduanya adalah cintaan Allah.

Bersegeralah kita untuk taubat kerana daie, pasti banyak kesalahan yang kita lakukan.. moga Allah ampunkan dosa kita yang lalu dan akan datang amin..

Kebahagian dan kepuasan kita berbeza

Posted in Uncategorized on September 22, 2009 by hawariyyin

Rezeki datang tanpa disangka, jadi mengapa kita tidak redha jika dia hilang tanpa disangka?

Ketika rezeki datang tanpa disangka, tidak pernah kita bersyukur. Bila rezeki hilang tanpa disangka mula kita merungut dengan takdir Tuhan?
Siapakah kita? Member rezeki atau pun Allah yang member rezeki?

“Aku tidak menghendaki rezki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi-Ku makan. Sesungguhnya Allah Dialah Maha Pemberi rezki Yang mempunyai Kekuatan lagi Sangat Kokoh” [51:57-58]

Sudah banyak kita belanjakan untuk kepentingan diri sendiri, mulalah belajar untuk belanja di Jalan Allah.

Usahlah berkira jika duit habis kerana dakwah, jika akaun bank kosong kerana dakwah.

Usahlah cemburu memandang orang yang menghabiskan duit untuk baju dan kasut baru, tapi kita habiskan duit dgn tiket bus dan train, juga infaq semasa program.

Abaikan kerenah orang lain kerana kepuasan dan kebahagian kita bukan pada baju dan kasut baru, bukan pada kereta dan phone baru.

Tapi kegembiraan dan kebahagian kita pada majunya dakwah ini. Puasnya kita bila makin ramai orang mengenal dakwah ini. Keseronokan kita apabila mutarobbi kita semakin mengenal dan mengamal dakwah ini.


“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui” [2:261]

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar” [9:111]

Itulah beza kita dan mereka.